The Legacy JourneySampel
Sepenuh Hati Anda
Saya pernah dengar ceramah daripada ahli fikir perniagaan Simon Sinek yang meninggalkan kesan yang mendalam terhadap cara saya melihat kerjaya. Dalam ceramah itu, Sinek mengatakan manusia dan perniagaan berjaya apabila mereka memahami tujuan mereka. Mereka yang menggali melewati persoalan apa dan bagaimana boleh mencapai aspek mengapa—dan itu membuat perbezaan.
Contohnya, Sinek berbincang tentang Samuel Pierpoint Langley. Pada awal tahun 1900-an, kerajaan persekutuan memberikan Langley $50,000 untuk membina kapal terbang yang pertama. Dia mempunyai semua sumber tenaga dan bahan yang dia boleh gunakan pada bila-bila masa. Setiap gerak-gerinya juga diperhatikan oleh wartawan. Namun, pada akhirnya, dia gagal.
Mengapa? Dia tidak memiliki keghairahan. Dia tidak merasakan panggilan yang mulia. Ia cumalah satu pekerjaan kepadanya—satu peluang untuk mencapai kemasyhuran dan kekayaan.
Sebaliknya, Orville dan Wilbur Wright mempunyai wang dan sokongan yang sedikit. Mereka tidak berkelulusan kolej dan bergantung pada apa yang dipelajari di kedai membaiki basikal. Setiap hari, mereka akan jatuh terhempas. Dan setiap hari, mereka akan membaikinya dan cuba semula. Mereka enggan berputus asa, dan semua kerja keras itu berhasil dengan penerbangan selama 12 saat yang meliputi 120 kaki pada bulan Disember 1907.
Wright Bersaudara berjaya di mana Langley telah gagal. Mengapa? Mereka memiliki keghairahan—panggilan yang mulia. Mereka sedar bahawa mereka mengusahakan sesuatu yang lebih besar daripada diri mereka.
Sebagai orang Kristian, kita dipanggil untuk mengerjakan panggilan yang mulia. Paulus mendefinisikannya dalam Kolose 3:23. Pada asasnya, kita bekerja untuk Allah, bukan untuk bos manusia. Kebenaran itu harus mengubah cara kita mendekati kerjaya kita.
Seperti Wright Bersaudara, anda menghadapi pelbagai cabaran sepanjang The Legacy Journey. Jangan mengalah tanpa berlawan! Apa jua yang anda lakukan, usahakan dengan segala tenaga dan keghairahan yang dapat dikumpulkan. Jika anda melakukan itu, anda akan menemui tujuan, dan anda akan menyenangkan bos manusia anda.
Lebih penting lagi, anda akan membawa senyuman kepada Bapa syurgawi anda.
Perlukan lebih banyak inspirasi? The Legacy Journey merangkumi kehidupan yang penuh azam, menguasai bakat anda, dan menjalankan kehidupan yang murah hati. Untuk ketahui lebih lanjut, layari daveramsey.com/legacy.
Kitab
Perihal Pelan
Dave Ramsey merupakan suara yang dipercayai tentang wang dan perniagaan. Selepas kebankrapannya pada usia 30 tahun, Dave mula mempelajari cara Allah dalam menguruskan wang. Kini, Dave mengabdikan hidupnya untuk mengajar orang lain tentang cara mengawal wang mereka supaya mereka boleh menjalankan kehidupan dan memberi dalam cara yang belum pernah terjadi sebelumnya. Sepanjang 31 hari yang akan datang, Dave akan membimbing anda melalui apa yang dikatakan Alkitab tentang wang dan kewangan serta cara untuk hidup dan meninggalkan warisan untuk generasi akan datang.
More