The Legacy JourneySampel

The Legacy Journey

HARI 22 DARIPADA 31

Warisan Peribadi

Beberapa tahun lepas, kawan saya Tom Stanley telah menulis sebuah buku tentang tabiat jutawan bertajuk The Millionaire Next Door. Ia merupakan buku yang baik dan menjadi buku yang terlaris untuknya.

Dia menyusuli buku itu dengan sebuah buku yang bertajuk The Millionaire Mind, di mana dia mengkaji sifat peribadi individu yang memiliki nilai bersih purata sekitar $10 juta dan yang mempunyai pendapatan isi rumah tahunan purata sebanyak $750,000. Anda boleh memanggil golongan tersebut dekajutawan. Anda juga boleh memanggil mereka amat kaya!

Kajian Tom memfokus pada menemukan ciri sepunya antara golongan yang kaya ini. Setelah selesai, dia mendapati faktor kejayaan yang paling penting bagi individu ini adalah kejujuran. Ciri yang paling biasa antara orang yang amat kaya ini adalah integriti yang luar biasa dan pelampau! Itulah yang penting kepada mereka!

Itu merupakan satu unsur menarik dalam kehidupan orang yang berjaya ini. Walau bagaimanapun, mungkin kita tidak harus terkejut. Sebagai orang Kristian, integriti harus juga menjadi unsur yang penting dalam kehidupan kita—tanpa menghiraukan baki simpanan kita. Paulus memberitahu orang Korintus bahawa sesiapa yang bertindak sebagai pengurus perlulah setia. Dengan kata lain, dia perlu hidup dengan integriti yang tidak dipersoalkan.

Bujang atau sudah berkahwin, kita bertanggungjawab melindungi kehidupan peribadi kita. Kita perlu mengingati bahawa Allah memiliki segala sesuatu, jadi, harta benda tidak melencongkan perjalanan kita. Kita perlu membina belas kasihan dan kemurahan hati dan bukannya kebanggaan serta keangkuhan kerana wang membesarkan diri kita. Kita perlu menjadikan diri bertanggungjawab terhadap orang lain supaya kita boleh terus menumpukan perhatian pada perkara yang penting.

Penting sekali, kita bertanggungjawab untuk menjadi setia terhadap apa yang telah diberikan Allah kepada kita. Kita perlu menunjukkan ketabahan moral yang membolehkan kita untuk memikul lebih banyak secara jujur.

Integriti peribadi membentuk warisan peribadi kita. Tanpanya, anda akan goyah dan membahayakan warisan anda.

Hari 21Hari 23

Perihal Pelan

The Legacy Journey

Dave Ramsey merupakan suara yang dipercayai tentang wang dan perniagaan. Selepas kebankrapannya pada usia 30 tahun, Dave mula mempelajari cara Allah dalam menguruskan wang. Kini, Dave mengabdikan hidupnya untuk mengajar orang lain tentang cara mengawal wang mereka supaya mereka boleh menjalankan kehidupan dan memberi dalam cara yang belum pernah terjadi sebelumnya. Sepanjang 31 hari yang akan datang, Dave akan membimbing anda melalui apa yang dikatakan Alkitab tentang wang dan kewangan serta cara untuk hidup dan meninggalkan warisan untuk generasi akan datang.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Dave Ramsey kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: daveramsey.com/legacy