The Legacy JourneySampel

The Legacy Journey

HARI 21 DARIPADA 31

Tiga Kanta

Selama bertahun-tahun, isteri saya, Sharon, dan saya menerima banyak soalan tentang perjalanan kami daripada pokai hingga mempelajari cara menguruskan wang Allah. Orang lain menanya soalan seperti, "Bagaimanakah kamu mengelakkan kekayaan kamu daripada memusnahkan kamu?" atau "Bagaimanakah kamu memastikan kekayaan tidak merosakkan anak kamu?" Itu adalah soalan yang bermakna kerana kita semua telah melihat kekayaan memusnahkan keluarga dan membawa individu kepada pelbagai disfungsi.

Satu cara yang pasti untuk melindungi warisan anda adalah melihat kekayaan dan hubungan anda melalui tiga kanta.

Kanta pertama adalah pemilikan Allah. Segala sesuatu milik Allah (Mazmur 24:1), dan kejayaan The Legacy Journey bermaksud mengingati bahawa kita menguruskan sumber-Nya. Pada suatu hari, kita akan memberikan laporan tentang apa yang telah kita lakukan dengan sumber-Nya, maka, kita perlu bijak dengan kewangan kita.

Kanta kedua adalah pembesaran. Kekayaan menjadikan anda diri sendiri yang lebih besar—sama ada baik atau buruk. Jika anda seorang yang bangsat dengan sedikit wang, anda akan menjadi orang bangsat yang melampau-lampau dengan wang yang banyak. Sebaliknya, jika anda adalah murah hati sekarang, anda akan menjadi seorang dermawan sebenar apabila anda membina kekayaan yang lebih. Anda yang sedia ada sekarang akan digandakan.

Kanta yang terakhir ialah komuniti. Kita memerlukan bantuan untuk tetap bersikap wajar, dan hubungan yang berkualiti membantu kita untuk membuat keputusan yang baik berkenaan wang. Komuniti yang kukuh menjadikan kita waras sementara segala sesuatu di sekeliling kita seolah-olah menjadi gila-gila.

Apabila orang Israel sampai di Tanah Perjanjian, Musa mencabar mereka untuk membuat keputusan yang bijak di rumah baru mereka. Dalam Ulangan 30:19, dia memberitahu mereka bahawa pilihan yang bijak akan membawa berkat. Keputusan yang tidak bijak akan membawa kutukan.

Tiga kanta ini menyediakan penapis untuk membuat keputusan yang lebih baik, dan ia membuka jalan ke arah berkat. Pilihlah hidup. Biarlah pemilikan, pembesaran dan komuniti menetapakn batasan untuk perjalanan warisan anda.

Ingin mendalami apa yang dikatakan Alkitab tentang wang dan kekayaan? The Legacy Journey membawa anda mendalami Firman Allah, mendedahkan perspektif-Nya tentang kekayaan, warisan peribadi dan keluarga anda, dan bagaimana Dia mahu menggunakan anda untuk mengembangkan pekerjaan kerajaan-Nya di seluruh dunia. Untuk ketahui lebih lanjut, layari daveramsey.com/legacy.

Hari 20Hari 22

Perihal Pelan

The Legacy Journey

Dave Ramsey merupakan suara yang dipercayai tentang wang dan perniagaan. Selepas kebankrapannya pada usia 30 tahun, Dave mula mempelajari cara Allah dalam menguruskan wang. Kini, Dave mengabdikan hidupnya untuk mengajar orang lain tentang cara mengawal wang mereka supaya mereka boleh menjalankan kehidupan dan memberi dalam cara yang belum pernah terjadi sebelumnya. Sepanjang 31 hari yang akan datang, Dave akan membimbing anda melalui apa yang dikatakan Alkitab tentang wang dan kewangan serta cara untuk hidup dan meninggalkan warisan untuk generasi akan datang.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Dave Ramsey kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: daveramsey.com/legacy