The Legacy JourneySampel

The Legacy Journey

HARI 23 DARIPADA 31

Warisan Perkahwinan

Jika anda sudah berkahwin, anda perlu memahami sesuatu: Pembinaan kekayaan adalah satu sukan berpasukan. Anda dan pasangan anda tidak boleh membina kekayaan secara bermakna melainkan anda bekerjasama secara sengaja. Anda perlu berdiri bersama-sama, bergandingan tangan dan bersebelahan, menjalani takdir Allah untuk anda sebagai suami isteri.

Itu adalah penting kerana apabila pasangan bekerja bersama-sama untuk menguruskan sumber Allah, adalah lebih mudah untuk mempercayai motif satu sama lain. Apabila anda menanya, "Apakah yang dinyatakan Allah kepada kami?" anda kurang cenderung memfokus pada perkara seperti "Saya patut mendapat itu," atau "Saya mahu hak saya." Membina kekayaan secara berpasukan melindungi kemuliaan hubungan anda.

Ia jugalah penting kerana anda tidak boleh menyembuhkan perkahwinan yang terluka dengan wang. Terlalu ramai orang fikir wang dapat menyelesaikan semua masalah mereka, tetapi itu adalah tidak benar. Wang hanya membesarkan diri kita dan apa yang sedang berlaku dalam hidup kita. Maka, sekiranya anda mempunyai perkahwinan yang rosak, lebih banyak wang bermaksud lebih banyak kerosakan—dan akhirnya menyebabkan bencana. Itulah sebabnya kadar penceraian antara pemenang loteri adalah empat kali lebih tinggi daripada purata kebangsaan. Kelemahan menjadi lebih besar, dan hubungan putus dengan lebih cepat.

Satu cara untuk memastikan anda dan pasangan anda bersetuju adalah membenarkan orang lain untuk berbicara tentang kehidupan anda. Pertimbangkannya demikian: Anda menjadi seperti orang yang bergaul bersama anda. Kita mengingatkan anak kita tentang itu, tetapi ia jugalah benar tentang perkahwinan.

Dalam Amsal 13:20, Salomo menulis bahawa pergaulan dengan orang yang bijak menghasilkan kebijaksanaan. Sebaliknya, bergaul dengan orang bodoh membawa kecelakaan. Jadi, sebagai suami isteri, anda perlu bergaul dengan orang yang bijak, yang boleh berkongsi kebijaksanaan salih mereka dengan anda.

Perkahwinan dan pembinaan kekayaan memerlukan kerja berpasukan. Jika anda ingin menjadi efektif dalam perjalanan warisan anda, anda perlu melindungi hubungan anda dengan pasangan anda. Berjalan secara bijak, dan perkahwinan anda akan mengaup faedah kewangan—dan hubungan.

Jika anda dan pasangan anda tidak bersetuju tentang wang anda, kami ingin membantu anda memulakan perbualannya. Financial Peace University adalah baik untuk pasangan yang ingin mengukuhkan komunikasi mereka tentang wang-walaupun anda tidak berhutang. Untuk ketahui lebih lanjut, layari daveramsey.com/fpu.

Hari 22Hari 24

Perihal Pelan

The Legacy Journey

Dave Ramsey merupakan suara yang dipercayai tentang wang dan perniagaan. Selepas kebankrapannya pada usia 30 tahun, Dave mula mempelajari cara Allah dalam menguruskan wang. Kini, Dave mengabdikan hidupnya untuk mengajar orang lain tentang cara mengawal wang mereka supaya mereka boleh menjalankan kehidupan dan memberi dalam cara yang belum pernah terjadi sebelumnya. Sepanjang 31 hari yang akan datang, Dave akan membimbing anda melalui apa yang dikatakan Alkitab tentang wang dan kewangan serta cara untuk hidup dan meninggalkan warisan untuk generasi akan datang.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Dave Ramsey kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: daveramsey.com/legacy