The Legacy JourneySampel

The Legacy Journey

HARI 28 DARIPADA 31

Memberi Secara Diam-diam

Memberi adalah tanda orang yang berjaya dari segi wang. Itu adalah kerana kita telah dicipta seperti Allah, dan Dia merupakan pemberi yang murah hati. Dia telah memberikan Anak-Nya (Yohanes 3:16), dan Dia benar-benar memberkati anak-anak-Nya. Maka, Dia menjangka umat-Nya untuk memberi secara murah hati juga.

Itu adalah penting memandangkan kita hidup dalam budaya yang agak mementingkan diri. Memanglah menggoda untuk menimbunkan harta untuk diri sendiri, tetapi Allah memanggil kita untuk mencerminkan sifat-Nya dan kemurahan hati-Nya. Sebenarnya, kemurahan hati yang dahsyat betul adalah penawar untuk sifat mementingkan diri yang dahsyat betul.

Walau bagaimanapun, kita juga perlu berhati-hati tentang pemberian kita. Dalam Matius 6:3-4, Yesus kerap kali menggalakkan kita untuk memberi secara diam-diam. Dia berkata pemberian harus dilakukan secara sulit dan bukannya menjadi suatu pertunjukan. Itu adalah kerana apabila anda memberi tanpa menyatakan nama, orang lain akan segera berkata, "Allah melakukan ini." Dia menerima kemuliaan, dan itulah matlamat memberi yang sebenar dalam The Legacy Journey.

Memang betul, saya bergumul dengan ini. Saya sering menjadi tumpuan utama, dan saya gemar memberi. Ada sebahagian daripada diri saya ingin melihat nama saya pada sesebuah bangunan. Namun, itu merupakan fikiran yang bahaya kerana ia hanya memfokus pada diri saya. Maka, saya bekerja keras untuk membuat kebanyakan perkara tanpa nama. Itu menjadikan motif saya lebih suci dan memberikan Allah kemuliaan yang patut diterima-Nya.

Berilah, tetapi memberi dengan motif yang betul. Laksanakannya secara diam-diam, kemudian berseronok-seronok melihat Allah menggunakan hasilnya.

Terdapat pengecualiannya juga. Ada kalanya, pemberian anda boleh memberikan ilham terhadap pemberian orang lain. Anda mendapati diri pada kedudukan di mana pengaruh anda boleh membuat perbezaan yang besar. Namun, kebanyakan masanya, anda lebih senang mengikuti nasihat yang diberikan oleh penulis Charles Dickens: "Lakukan semua kebaikan yang mungkin dengan sedikit kekecohan yang mungkin."

Kemurahan hati yang sebenar mencerminkan panggilan Allah dalam kehidupan kita, tetapi ia memerlukan perancangan dan sikap berhati-hati untuk rasa diperkasakan untuk memberi sepenuhnya. The Legacy Journey akan membimbing anda melalui nisbah pemberian yang penting dan rancangan yang kukuh untuk membantu anda mulakan kehidupan yang murah hati. Untuk ketahui lebih lanjut, layari daveramsey.com/legacy.

Hari 27Hari 29

Perihal Pelan

The Legacy Journey

Dave Ramsey merupakan suara yang dipercayai tentang wang dan perniagaan. Selepas kebankrapannya pada usia 30 tahun, Dave mula mempelajari cara Allah dalam menguruskan wang. Kini, Dave mengabdikan hidupnya untuk mengajar orang lain tentang cara mengawal wang mereka supaya mereka boleh menjalankan kehidupan dan memberi dalam cara yang belum pernah terjadi sebelumnya. Sepanjang 31 hari yang akan datang, Dave akan membimbing anda melalui apa yang dikatakan Alkitab tentang wang dan kewangan serta cara untuk hidup dan meninggalkan warisan untuk generasi akan datang.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Dave Ramsey kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: daveramsey.com/legacy