The Legacy JourneySampel

The Legacy Journey

HARI 30 DARIPADA 31

Diberkati untuk Menjadi Berkat

Orang di seluruh dunia memahami perbezaan antara tangan yang terbuka dan buku lima. Tangan yang terbuka menyambut, sementara buku lima melambangkan keganasan dan kemarahan. Dr. Billy Graham pernah berkata, "Allah memberikan kita dua tangan: satu tangan untuk menerima dan satu lagi untuk memberi." Dalam The Legacy Journey, kedua-dua tangan perlu kekal terbuka.

Alkitab menegaskan tangan terbuka sejak awal dalam Kejadian. Apabila Allah memanggil Abram (dikenali kemudiannya sebagai Abraham) ke tanah yang baru, Dia berjanji akan menjadikannya satu bangsa yang besar. Walau bagaimanapun, Dia juga mengatakan bahawa berkat Abraham akan memberkati orang lain. Dia diberkati untuk menjadi berkat.

Kita diberkati untuk memberkati orang lain juga. Itulah sebabnya anda beralih daripada Sekarang ke Kemudian ke Kami ke Mereka. Allah membawa anda daripada pergumulan kepada bertahan kepada kemurahan hati yang luar biasa, yang mengubah salasilah keluarga anda dan mengubah dunia.

Dalam buku The Spirit of the Disciplines, Dallas Willard menjelaskan bahawa jika orang percaya mempercayai bohong bahawa kekayaan adalah jahat, mereka akan memberikan segala sesuatu. Tidak meninggalkan apa-apa untuk kerajaan Allah, sementara pihak yang bertentangan akan dibiayai dengan baik untuk mengembangkan jangkauan kegelapan.

Jika orang Kristian mengelakkan tanggungjawab kita, kita akan mengakibatkan satu vakum yang besar. Kelambu tidak akan dibeli. Perigi tidak akan digali. Vaksin tidak akan dibekalkan. Kanak-kanak tidak akan diberikan makanan. Keperluan tidak akan dipenuhi kerana Iblis tidak melakukan itu untuk manusia.

Margaret Thatcher, mendiang Perdana Menteri Britain, pernah berkata, "Tiada orang akan mengingati Orang Samaria yang Baik Hati jika dia hanya mempunyai niat yang baik. Dia mempunyai wang juga." Mengendalikan wang mengikut cara Allah memerlukan pengurusan yang bijak, tetapi ia juga memerlukan tangan yang terbuka.

Seperti Abraham, anda diberkati untuk menjadi berkat. Mintalah Allah untuk menunjukkan kepada anda rupa itu—dan bagaimana anda harus mengamalkannya—dalam perjalanan warisan anda.

Allah memiliki segala sesuatu. Kita semua ialah pengurus. Segala sesuatu—masa, bakat, sumber dan hubungan kita—adalah kurnia daripada Allah, dan kita bertanggungjawab terhadap cara kita menggunakannya. The Legacy Journey membawa anda mendalami Firman Allah, mendedahkan perspektif-Nya tentang kekayaan, warisan peribadi anda dan keluarga anda, dan bagaimana Dia ingin menggunakan anda untuk mengembangkan kerajaan-Nya. Untuk ketahui lebih lanjut, layari daveramsey.com/legacy.

Hari 29Hari 31

Perihal Pelan

The Legacy Journey

Dave Ramsey merupakan suara yang dipercayai tentang wang dan perniagaan. Selepas kebankrapannya pada usia 30 tahun, Dave mula mempelajari cara Allah dalam menguruskan wang. Kini, Dave mengabdikan hidupnya untuk mengajar orang lain tentang cara mengawal wang mereka supaya mereka boleh menjalankan kehidupan dan memberi dalam cara yang belum pernah terjadi sebelumnya. Sepanjang 31 hari yang akan datang, Dave akan membimbing anda melalui apa yang dikatakan Alkitab tentang wang dan kewangan serta cara untuk hidup dan meninggalkan warisan untuk generasi akan datang.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Dave Ramsey kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: daveramsey.com/legacy