The Legacy JourneySampel

The Legacy Journey

HARI 8 DARIPADA 31

Mengurangkan Risiko

Sebagai seorang guru dan penulis, salah satu prinsip yang menjadi pedoman saya adalah saya tidak menggunakan "perkataan $10." Ia adalah perkataan yang kedengaran berhidung tinggi atau kolot, walaupun ia memaksudkan sesuatu yang mudah. Ramai orang dalam bidang kewangan rasa cakap gah membuat mereka kedengaran canggih, tetapi saya lebih suka bersikap sederhana dan jelas.

Pempelbagaian adalah salah satu istilah yang digunakan "pakar" untuk kedengaran pandai, tetapi saya sanggup membuktikan dakwaan mereka salah. Pempelbagaian memaksudkan "mengagih-agihkan" semata-mata. Nenek anda mungkin dapat menjelaskannya dengan lebih baik: "Jangan bawa semua telur dalam satu bakul."

Macam mana sekalipun, idea itu adalah sama. Mengagih-agihkan pelaburan anda mengurangkan risiko.

Pertimbangkannya. Jika anda meletakkan semua wang anda dalam satu saham, apakah yang akan berlaku jika saham itu jatuh ke paras yang paling rendah? Jika seseorang menjatuhkan bakul itu, semua telur akan pecah! Ini adalah benar khususnya tentang meletakkan seluruh persaraan anda dalam saham syarikat anda, kerana jika syarikat itu bankrap, anda akan kehilangan kerja anda dan juga seluruh persaraan anda.

Walau bagaimanapun, ini bukan sahaja nasihat saya. Sebenarnya Alkitab mengatakan pempelbagaian adalah idea yang bijak. Pengkhutbah 11:2 memberitahu kita bahawa kita harus menanam modal kita dalam berbagai-bagai usaha niaga kerana itulah caranya kita menjauhi bencana.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kita telah melihat masalah di pasaran. Malapetaka semula jadi, terorisme, drama politik, kadar pengangguran yang tinggi, resesi dan faktor yang lain telah menghempas banyak bakul tunggal. Telur yang pecah bersepah di sana sini. Namun, individu yang mengagih-agihkan pelaburan mereka dalam pelbagai opsyen dilindungi.

Lihatlah dari segi ini: Wang bagaikan baja asli. Dibiarkan bertimbun, ia akan berbau. Walau bagaimanapun, jika ia diagih-agihkan, benda hidup mula bertumbuh.

Anda mungkin tidak pernah melihatnya dalam cara ini, tetapi ia adalah benar. Jadi, menilai pempelbagaian pelaburan anda. Jika anda mempunyai terlalu banyak yang tertumpu pada satu tempat, bincanglah dengan penasihat yang mempunyai hati seorang guru tentang mengagih-agihkannya.

Pempelbagaian mengurangkan risiko anda. Dan ia menjadi bahagian The Legacy Journey yang penting—dan alkitabiah.

Hari 7Hari 9

Perihal Pelan

The Legacy Journey

Dave Ramsey merupakan suara yang dipercayai tentang wang dan perniagaan. Selepas kebankrapannya pada usia 30 tahun, Dave mula mempelajari cara Allah dalam menguruskan wang. Kini, Dave mengabdikan hidupnya untuk mengajar orang lain tentang cara mengawal wang mereka supaya mereka boleh menjalankan kehidupan dan memberi dalam cara yang belum pernah terjadi sebelumnya. Sepanjang 31 hari yang akan datang, Dave akan membimbing anda melalui apa yang dikatakan Alkitab tentang wang dan kewangan serta cara untuk hidup dan meninggalkan warisan untuk generasi akan datang.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Dave Ramsey kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: daveramsey.com/legacy