The Legacy JourneySampel

The Legacy Journey

HARI 7 DARIPADA 31

Disiplin Peribadi

Semasa membesar di Tennessee, saya gemar menunggang basikal dengan kawan-kawan saya. Sudah tentu, basikal saya tidak memiliki semua pilihan beragam pada hari ini. Dahulu, ia mempunyai satu gear, dan ia mempunyai satu enjin: kaki kecil saya. Kaki saya perlu bekerja keras kerana Tennessee tidak mempunyai banyak tempat yang rata. Anda sama ada berkayuh menaiki atau menuruni bukit.

Sering kalinya semasa menunggang basikal, saya memandang ke atas dan melihat jalan di depan yang curam! Jika bukit itu adalah amat curam, saya akan mula berkayuh ke kiri dan ke kanan untuk mengekalkan momentum. Saya akan berlawan dan bergumul untuk sampai ke puncak bukit itu. Banyak kali, saya rasa ingin berhenti.

Namun, saya tidak pernah berhenti.

Mengapa? Kerana peluncuran menuruni bukit adalah berbaloi dengan segala tenaga saya yang habis diperah semasa menaiki bukit itu.

Itulah destinasi anda untuk The Legacy Journey. Anda ingin sampai ke tempat yang ditujui semasa menuruni bukit. Anda ingin mencapai sasaran di mana pelaburan dan simpanan anda benar-benar memperoleh untung setiap tahun yang melebihi gaji anda.

Itu digelar puncak, dan itu adalah tempat yang baik untuk ditujui. Namun, anda tidak sampai ke sana dengan mudah. Ia memerlukan banyak kerja keras sepanjang tempoh masa yang panjang, dan ia memerlukan banyak disiplin.

Ibrani 12:11 menegaskan bahawa disiplin jarang menyenangkan hati, tetapi ia adalah perlu. Penderitaan pada waktu itu adalah benar, tetapi mereka yang mengharunginya akan mencapai kemenangan pada akhirnya.

The Legacy Journey bukanlah jalan yang senang. Banyak perjalanannya adalah menaiki bukit. Walau bagaimanapun, apabila anda sampai ke puncak, anda dapat meluncur turun bukit itu. Tambahan lagi, Allah tersenyum kerana anda menjadi hamba yang taat. Dia menikmati penunggangan itu bersama dengan anda.

Itu adalah perasaan yang menakjubkan.

Terus berkayuh. Kekal berdisiplin dan melakukan kerja keras yang diperlukan untuk membina warisan yang kekal. Ia akan mengubah hidup anda—dan masa depan anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang membina rancangan pelaburan yang baik dan mencapai puncak anda, layari daveramsey.com/legacy.

Hari 6Hari 8

Perihal Pelan

The Legacy Journey

Dave Ramsey merupakan suara yang dipercayai tentang wang dan perniagaan. Selepas kebankrapannya pada usia 30 tahun, Dave mula mempelajari cara Allah dalam menguruskan wang. Kini, Dave mengabdikan hidupnya untuk mengajar orang lain tentang cara mengawal wang mereka supaya mereka boleh menjalankan kehidupan dan memberi dalam cara yang belum pernah terjadi sebelumnya. Sepanjang 31 hari yang akan datang, Dave akan membimbing anda melalui apa yang dikatakan Alkitab tentang wang dan kewangan serta cara untuk hidup dan meninggalkan warisan untuk generasi akan datang.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Dave Ramsey kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: daveramsey.com/legacy