The Legacy JourneySampel
Hukum Keuntungan Besar
Saya telah terlibat dalam bimbingan kewangan untuk lebih daripada 20 tahun. Saya juga bercakap kepada seluruh Amerika melalui radio untuk tiga jam sehari, hampir setiap hari. Saya menjalankan perbualan seorang ke seorang semasa acara dan berhubungan dengan ramai orang melalui buku. Saya telah belajar banyak perkara sepanjang masa ini.
Contohnya, saya rasa saya telah menemui prinsip kewangan yang paling berkuasa. Jika anda mengikuti ini, ia akan membantu anda terlepas daripada hutang dan mengajar anda cara untuk hidup dengan menggunakan kurang daripada pendapatan anda. Ia mencabar anda untuk menyimpan dan melabur supaya anda boleh membina warisan yang mengubah salasilah keluarga anda. Ia mengubah perspektif anda tentang kemurahan hati dan membebaskan anda untuk meninggalkan kesan untuk kerajaan Allah.
Jika anda tidak mengikuti ini, ia akan meninggalkan kesan negatif pada semua lingkungan tersebut.
Apakah prinsip kewangan yang mengubah hidup ini? Kepuasan.
Dalam 1 Timotius 6:6-8, Paulus berkata kepada kawan mudanya, Timotius, bahawa kepuasan adalah kunci untuk keuntungan yang besar. Mengapa? Ini disebabkan kepuasan membantu anda melihat kekayaan mengikut perspektif yang betul. Ia mengingatkan anda bahawa anda tidak membawa apa-apa ke dalam dunia ini dan tidak akan membawa apa-apa semasa meninggalkan dunia ini. Maka, asalkan anda memenuhi keperluan asas anda, anda boleh berasa puas.
Sudah tentu, bercakap tentang kepuasan dalam budaya kita yang materialistik umpama bertutur dalam bahasa asing. Walau bagaimanapun, kepuasan menyeimbangkan semangat kita untuk mancapai matlamat dan keghairahan kita untuk memperoleh sesuatu. Ia mengatakan, "Saya akan berusaha untuk menjadi lebih baik, tetapi saya akan berasa puas semasa melakukannya." Sementara anda bekerja dalam mod pencapaian, amalkan kepuasan sebenar. Melihat perkara yang paling penting mengikut perspektif dan bersyukur kepada Allah kerana segala sesuatu yang dimiliki dan kerana anda yang seadanya.
"Kesalihan dengan kepuasan adalah keuntungan yang besar." Ia bukanlah mesej kemakmuran. Ia adalah mesej tentang tanggungjawab.
Ia adalah prinsip yang perlu diterima semasa meneruskan The Legacy Journey. Untuk ketahui lebih tentang kepuasan dan menggunakan rangka kerja alkitabiah untuk wang anda, layari daveramsey.com/legacy.
Kitab
Perihal Pelan
Dave Ramsey merupakan suara yang dipercayai tentang wang dan perniagaan. Selepas kebankrapannya pada usia 30 tahun, Dave mula mempelajari cara Allah dalam menguruskan wang. Kini, Dave mengabdikan hidupnya untuk mengajar orang lain tentang cara mengawal wang mereka supaya mereka boleh menjalankan kehidupan dan memberi dalam cara yang belum pernah terjadi sebelumnya. Sepanjang 31 hari yang akan datang, Dave akan membimbing anda melalui apa yang dikatakan Alkitab tentang wang dan kewangan serta cara untuk hidup dan meninggalkan warisan untuk generasi akan datang.
More