Elisa: Kisah Iman yang Tidak Masuk AkalSampel

Elisha: A Tale Of Ridiculous Faith

HARI 1 DARIPADA 13

Cerita Elisa bermula dalam 1 Raja-raja 19:14-21 di mana Allah mengarahkan Elia untuk mengurapi Elisa sebagai nabi untuk menggantikannya. Dalam petikan ini, kita membaca bahawa Elia bertemu dengan Elisa yang sedang membajak tanah dengan pasangan lembu dan dia segera menghamparkan jubahnya pada Elisa sebagai jemputan untuk mengikutinya. Elisa segera mentaati, membakar bajaknya dan memasak lembunya serta menghidangkannya kepada kawan-kawannya. Elisa menunjukkan komitmen yang tidak masuk akal terhadap Elia. Dia tidak berlengah-lengah untuk mentaati. Dia tidak mengambil masa untuk mempertimbangkannya. Dia tidak menyenaraikan buruk baiknya. Dia tidak membuat pilihan yang selamat. Dia mengatakan ya dengan segera kepada panggilan Allah melalui Elia.

Komitmen Elisa yang tidak masuk akal menunjukkan bahawa kos mengikuti Allah adalah besar, tetapi kos tidak mengikuti-Nya adalah lebih besar lagi. Tambahan lagi, komitmen Elisa adalah penuh. Dia membakar bajaknya, menyembelih lembunya, dan meninggalkan harta warisan keluarganya. Dia meninggalkan segala sesuatu yang diketahuinya dan yang dikasihinya. Elisa menunjukkan kepada kita bahawa demi mengorak langkah ke arah takdir anda, anda perlu meninggalkan jaminan hidup anda. Adakah komitmen anda terhadap Allah segera dan penuh seperti komitmen Elisa? Apakah jaminan hidup yang perlu anda tinggalkan untuk berjalan ke arah takdir anda?
Hari 2

Perihal Pelan

Elisha: A Tale Of Ridiculous Faith

Elisa merupakan salah seorang yang paling menarik dalam firman Allah. Dia ialah nabi di mana iman dan mukjizatnya kelihatan hampir tidak masuk akal. Sepanjang pelan bacaan 13 hari ini, anda akan membaca tentang kehidupan Elisa dan belajar daripada contohnya tentang kehidupan apabila anda berserah dan memutuskan untuk hidup dengan iman yang tidak masuk akal.

More

We would like to thank Pastor Craig Groeschel and Life.Church for providing this plan. For more information, please visit: www.Life.Church