Elisa: Kisah Iman yang Tidak Masuk AkalSampel

Elisha: A Tale Of Ridiculous Faith

HARI 4 DARIPADA 13

Bab 3 dalam kitab 2 Raja-raja merupakan satu cerita yang menarik di mana kita melihat tiga orang raja Israel, Yehuda, dan Edom bergabung tenaga untuk suatu peperangan yang dirasakan boleh dimenangi dengan mudah, tetapi ia tidak berjalan seperti yang dirancang. Kemudiannya, raja-raja ini meminta bantuan Elisa dalam pertempuran mereka. Balasan yang diberikan Elisa kepada raja-raja ini bukanlah apa yang dijangkakan. Elisa memberitahu mereka untuk pergi dan gali beberapa parit dan Allah akan memenuhi parit itu dengan air, yang akan memberikan tenaga kepada askar dan ternakan mereka. Jika mereka melakukan ini, Elisa memberitahu raja-raja itu bahawa Allah akan memberikan mereka kemenangan terhadap orang Moab. Raja-raja ini mungkin rasa permintaan Elisa adalah tidak masuk akal, tetapi mereka mempercayai janji Allah dan melakukan apa yang diperintahkan itu.

Cerita ini adalah tentang iman. Hanya Allah boleh membekalkan air, tetapi Dia mahu anda untuk menggali parit itu. Jika anda ingin melihat air dalam kehidupan anda, galilah parit itu. Iman yang sejati berhasil dan mempercayai secara besar, tetapi anda mesti rela bermula secara kecil. Saiz visi anda tidak menakutkan Allah. Ramai orang tidak mempunyai cita-cita yang cukup besar, namun, lebih ramai orang lagi tidak memulakan secara kecil. Bagaimanakah anda menggali parit? Ambil "penyodok" anda dan mengaut tanah satu "cedok" demi satu. Anda tidak boleh menjangkakan Allah untuk memberikan anda sesuatu yang besar jika anda tidak memulakan secara kecil. Percayalah secara besar. Mulakan secara kecil. Bertindak dengan menggali beberapa parit. Apakah visi besar anda yang memerlukan bantuan Allah untuk berjaya? Apakah parit-parit kecil yang perlu digali untuk memulakan proses merealisasikan visi itu?
Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Elisha: A Tale Of Ridiculous Faith

Elisa merupakan salah seorang yang paling menarik dalam firman Allah. Dia ialah nabi di mana iman dan mukjizatnya kelihatan hampir tidak masuk akal. Sepanjang pelan bacaan 13 hari ini, anda akan membaca tentang kehidupan Elisa dan belajar daripada contohnya tentang kehidupan apabila anda berserah dan memutuskan untuk hidup dengan iman yang tidak masuk akal.

More

We would like to thank Pastor Craig Groeschel and Life.Church for providing this plan. For more information, please visit: www.Life.Church