Elisa: Kisah Iman yang Tidak Masuk AkalSampel

Elisha: A Tale Of Ridiculous Faith

HARI 6 DARIPADA 13

Sepanjang kehidupan Elisa, kita melihat bahawa banyak mukjizat yang dilakukannya hampir serupa dengan mukjizat Yesus. Dalam 2 Raja-raja 4:8-37, Elisa melakukan satu lagi mukjizat yang sama semasa menyembuhkan anak lelaki seorang perempuan dari Sunem. Apabila Elisa bertemu perempuan itu buat pertama kalinya, dia begitu terharu dengan kebaikan hati dan layanan baiknya sehinggakan dia memutuskan untuk membalas kebaikannya dengan apa yang dirasakan paling diingini perempuan itu, seorang anak. Allah telah memberikan perempuan itu seorang anak, tetapi beberapa tahun kemudian, anak lelaki itu mati dan perempuan itu meminta bantuan Elisa untuk membangkitkan anaknya daripada kematian. Petikan ini mengandungi dua perkara yang menarik. Pertama adalah cara tidak masuk akal Elisa untuk membangkitkan anak lelaki itu dengan meniarap pada tubuh anak itu dan merapatkan mulutnya, matanya dan tangannya pada mulut, mata dan tangan anak itu. Kedua adalah kenyataan bahawa usaha Elisa untuk membangkitkan anak itu tidak berjaya pada kali pertama.

Berapa kalikah anda mendapati diri dalam kedudukan Elisa? Anda meminta agar Allah melakukan sesuatu dan menyedari bahawa Dia boleh melakukannya, tetapi ia tidak berlaku pada kali pertama permintaan anda. Ia mungkin memakan beberapa hari, bulan, ataupun tahun. Jangan berputus asa apabila anda tidak berjaya pada kali pertama. Terus berdoa. Terus mencari Allah. Dia akan menjawab doa anda dalam cara dan pada waktu yang terbaik untuk anda. Jangan putus asa dan terus berdoa. Apakah satu perkara yang telah anda minta daripada Allah tetapi belum dijawab-Nya? Apakah yang boleh anda lakukan untuk memastikan bahawa anda tidak berputus asa dalam meminta dan mencari Allah melalui doa untuk perkara ini?
Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Elisha: A Tale Of Ridiculous Faith

Elisa merupakan salah seorang yang paling menarik dalam firman Allah. Dia ialah nabi di mana iman dan mukjizatnya kelihatan hampir tidak masuk akal. Sepanjang pelan bacaan 13 hari ini, anda akan membaca tentang kehidupan Elisa dan belajar daripada contohnya tentang kehidupan apabila anda berserah dan memutuskan untuk hidup dengan iman yang tidak masuk akal.

More

We would like to thank Pastor Craig Groeschel and Life.Church for providing this plan. For more information, please visit: www.Life.Church