Elisa: Kisah Iman yang Tidak Masuk AkalSampel
Kehidupan Elisa kelihatan dipenuhi waktu yang pelik dan tidak masuk akal. Salah satu waktu yang paling pelik terkandung dalam 2 Raja-raja 6:1-7. Dalam petikan ini, kita melihat sekumpulan nabi menebang pokok dengan kapak untuk membina rumah baru. Salah seorang nabi itu kehilangan mata kapak dalam air dan dia berasa sedih kerana ia dipinjam daripada orang lain. Elisa bertindak dengan melemparkan sebatang kayu ke tempat di mana mata kapak itu telah jatuh. Mata kapak itu terapung di permukaan air sebaik sahaja Elisa melakukan itu. Apabila anda membaca cerita ini buat pertama kalinya, ia mungkin kelihatan tidak bermakna, tetapi terdapat banyak yang dapat dipelajari daripada cerita ini. Allah mengambil berat tentang kehilangan anda. Tiada kebimbangan yang terlalu kecil kepada Allah kita, meskipun mata kapak yang hilang.
Apakah kehilangan anda? Adakah anda kehilangan berkat, hubungan, kedamaian, kekukuhan kewangan, reputasi anda, atau sesuatu yang lain? Berita baiknya adalah Allah amat mengambil berat tentang kehilangan anda sehinggakan Dia boleh membantu anda mendapat kembali apa yang telah hilang. Allah boleh membantu anda mencari apa yang telah hilang dengan melihat tempat di mana ia telah hilang. Kembali ke detik anda mula menyimpang dan benarkan Allah untuk membantu anda kembali ke landasan yang betul. Anda mungkin perlu berhenti melakukan sesuatu dan mula melakukan sesuatu yang berbeza. Mata kapak anda tidak lenyap; ia masih berada di tempat yang ditinggalkan anda. Allah boleh menentang graviti untuk mengembalikannya kepada anda. Apakah yang telah anda hilang dan memerlukan bantuan Allah untuk didapatkan semula? Bagaimanakah anda akan melakukan itu?

Kitab
Perihal Pelan
Elisa merupakan salah seorang yang paling menarik dalam firman Allah. Dia ialah nabi di mana iman dan mukjizatnya kelihatan hampir tidak masuk akal. Sepanjang pelan bacaan 13 hari ini, anda akan membaca tentang kehidupan Elisa dan belajar daripada contohnya tentang kehidupan apabila anda berserah dan memutuskan untuk hidup dengan iman yang tidak masuk akal.
More
We would like to thank Pastor Craig Groeschel and Life.Church for providing this plan. For more information, please visit: www.Life.Church