Elisa: Kisah Iman yang Tidak Masuk AkalSampel

Elisha: A Tale Of Ridiculous Faith

HARI 8 DARIPADA 13

Dalam 2 Raja-raja bab 5, kita membaca tentang seorang panglima tentera asing bernama Naaman yang menghidap penyakit kusta. Dia mendapat tahu daripada seorang hamba perempuan bahawa Elisa mungkin dapat menyembuhkannya, maka, dia berangkat ke Israel dengan rombongan pengiring yang membawa hadiah untuk raja Israel. Apabila Naaman berjumpa Elisa, dia menjangkakan Elisa untuk menggerak-gerakkan tangannya dan menghilangkan penyakit kusta itu. Sebaliknya, Elisa memintanya untuk melakukan sesuatu yang tidak masuk akal kepadanya, iaitu, mandi tujuh kali di Sungai Yordan. Pada mulanya Naaman enggan melakukan apa yang diarahkan Elisa tetapi akhirnya melakukannya setelah digesa hamba-hambanya. Apabila dia melakukan apa yang diarahkan Elisa, Naaman disembuhkan sepenuhnya. Reaksi Naaman adalah sesuatu yang amat biasa.

Anda mungkin pernah dipimpin Allah untuk melakukan sesuatu dalam kehidupan anda yang kelihatan agak gila atau tidak masuk akal pada waktu itu. Barangkali anda meminta Allah untuk melakukan sesuatu dalam hidup anda seperti Naaman, tetapi respons awal-Nya bukanlah apa yang dijangkakan dan anda tidak rela merendahkan diri untuk berserah kepada cara Allah. Apabila kita meminta Allah untuk melakukan sesuatu dalam hidup kita, kita tidak harus bertabiat atau menentukan cara serta masa Dia harus melakukannya. Kita tidaklah lebih besar daripada Allah dan kita mesti meletakkan keyakinan sepenuh hati dalam-Nya bahawa Dia akan melakukannya pada masa yang betul dan melalui cara yang betul. Kita tidak berkuasa. Allah berkuasa dan seperti yang dinyatakan Yesaya 55:8, jalan-Nya bukan seperti jalan kita. Apakah langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk betul-betul merendahkan diri di hadapan Allah dan menyedari bahawa jalan-Nya bukan seperti jalan anda?
Hari 7Hari 9

Perihal Pelan

Elisha: A Tale Of Ridiculous Faith

Elisa merupakan salah seorang yang paling menarik dalam firman Allah. Dia ialah nabi di mana iman dan mukjizatnya kelihatan hampir tidak masuk akal. Sepanjang pelan bacaan 13 hari ini, anda akan membaca tentang kehidupan Elisa dan belajar daripada contohnya tentang kehidupan apabila anda berserah dan memutuskan untuk hidup dengan iman yang tidak masuk akal.

More

We would like to thank Pastor Craig Groeschel and Life.Church for providing this plan. For more information, please visit: www.Life.Church