Elisa: Kisah Iman yang Tidak Masuk AkalSampel
Adakah anda sentiasa ditenggelami terlalu banyak tanggungjawab dan cabaran? Adakah anda rasa kehabisan ikhtiar dan sedang menjalankan kehidupan yang kebutuhan? Itu berkemungkinan apa yang dirasakan balu seorang nabi dalam 2 Raja-raja 4:1-7. Dengan kematian suaminya, dia menghadapi masalah kewangan dan bimbang akan kehilangan segala sesuatu yang dimiliki--termasuk anak lelakinya--kepada pemiutang. Dia meminta bantuan Elisa. Apabila Elisa menanya barang apa yang ada di rumahnya, balu itu mengatakan dia tidak ada apa-apa kecuali minyak dalam sebuah bejana kecil. Anda mungkin dapat mengaitkan diri dengan balu ini semasa anda fikir bahawa anda tidak memiliki sumber yang mencukupi, anda rasa terdesak dan menumpukan fikiran pada batasan anda sahaja. Allah melihat masalah anda dengan amat berbeza daripada pandangan anda.
Sepanjang Alkitab kita melihat contoh bagaimana Allah mahir melakukan banyak perkara dengan sedikit sumber dan cerita ini adalah salah satu contoh yang paling jelas. Dunia ini mungkin melihat ini sebagai tidak logik atau tidak masuk akal, tetapi Allah tidak. Allah telah mengambil minyak dalam sebuah bejana kecil dan menggandakannya supaya balu itu dapat membayar hutangnya. Semasa anda rasa ditenggelami dan kehabisan ikhtiar, ingatlah bahawa apa yang anda miliki adalah apa yang diperlukan Allah. Allah telah memberikan anda segala sesuatu yang anda perlukan. Bilakah dalam kehidupan anda rasa ditenggelami dan ketandusan? Apakah beberapa barang yang anda miliki yang boleh membantu anda mengubah tumpuan anda?

Kitab
Perihal Pelan
Elisa merupakan salah seorang yang paling menarik dalam firman Allah. Dia ialah nabi di mana iman dan mukjizatnya kelihatan hampir tidak masuk akal. Sepanjang pelan bacaan 13 hari ini, anda akan membaca tentang kehidupan Elisa dan belajar daripada contohnya tentang kehidupan apabila anda berserah dan memutuskan untuk hidup dengan iman yang tidak masuk akal.
More
We would like to thank Pastor Craig Groeschel and Life.Church for providing this plan. For more information, please visit: www.Life.Church