Elisa: Kisah Iman yang Tidak Masuk AkalSampel
Dalam 2 Raja-raja 2:1-18, kita melihat bahawa komitmen Elisa yang tidak masuk akal terhadap Allah adalah berterusan. Sebelum Elia diangkat ke Syurga, dia telah dipanggil oleh Allah untuk pergi ke Betel dan dia meminta Elisa untuk tinggal di sana. Elisa begitu komited untuk melayani Allah sehinggakan dia menolak permintaan Elia dan mengikutnya ke Betel. Ini bukanlah kejadian sekali kerana Elisa melayani Allah dengan setia sehingga kematiannya. Dialah erti sebenar mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah. Betapa komitedkah anda terhadap Allah? Adakah anda komited sepenuhnya ataupun hanya komited apabila ia menyenangkan anda?
Kitab
Perihal Pelan
Elisa merupakan salah seorang yang paling menarik dalam firman Allah. Dia ialah nabi di mana iman dan mukjizatnya kelihatan hampir tidak masuk akal. Sepanjang pelan bacaan 13 hari ini, anda akan membaca tentang kehidupan Elisa dan belajar daripada contohnya tentang kehidupan apabila anda berserah dan memutuskan untuk hidup dengan iman yang tidak masuk akal.
More
We would like to thank Pastor Craig Groeschel and Life.Church for providing this plan. For more information, please visit: www.Life.Church