Kotak Peralatan HidupSampel

Toolbox For Life

HARI 1 DARIPADA 14

 

Tumpukan Perhatian Pada Pendapat Allah, Bukan Kata-kata Orang Lain

“Takut akan pendapat orang lain mengakibatkan kesusahan. Percayalah kepada TUHAN, maka kamu akan selamat” (Amsal 29:25 BM).

Orang yang mencapai kejayaan yang besar dalam hidup mesti berhadapan dengan penentang yang cuba menawarkan hati mereka.

• Apabila adik-beradik Wright cuba menerbangkan kapal terbang pertama mereka, orang lain memberitahu mereka bahawa hal itu tidak mungkin berjaya kerana manusia tidak dapat terbang.

• Apabila Musa memimpin orang Israel merentasi gurun, orang lain merungut: "Kita akan mati! Kita mahu balik ke Mesir!”

• Apabila John F. Kennedy berkata Amerika Syarikat akan menghantar orang ke bulan, banyak orang berkata itu adalah mustahil.

Sesiapa yang pernah cuba melakukan apa-apa yang hebat sentiasanya bersemuka dengan penentang.

Begitu, penentang tidak semestinya orang yang jahat. Mereka mungkin betul-betul inginkan hal yang terbaik bagi anda. Mereka mungkin mengasihi anda.

Namun, mereka bukanlah Allah.

Oleh itu, janganlah melayan pendapat mereka sebagaimana anda melayan pendapat Allah.

Alkitab menyatakan, “Takut akan pendapat orang lain mengakibatkan kesusahan. Percayalah kepada TUHAN, maka kamu akan selamat” (Amsal 29:25 BM).

Sesetengah orang kehilangan upaya kerana pendapat orang lain dan tidak menyedarinya. Dari segi itu, sesetengah orang ketagih persetujuan orang lain.

Terjemahan yang lain bagi Amsal 29:25 menyatakan, “Rasa takut terhadap manusia mendatangkan jerat, tetapi sesiapa percaya kepada TUHAN akan terselamat” (AVB).

Apabila anda lebih menitikberatkan pendapat orang lain terhadap anda daripada pendapat Allah, anda akan tinggal di luar padang apabila Allah mahu anda bermain. Anda akan tetap terkurung di penjara ketakutan buatan sendiri.

Pendapat orang lain boleh melencongkan anda daripada tujuan Allah bagi hidup anda.

Jangan biarkan itu berlaku.

Dalam Yesaya 8:13 tercatat, “Ingatlah bahawa Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa adalah suci. Akulah yang harus kamu takuti.” (BM).

Maka, putuskan belenggu ketakutan dan kejarlah visi Allah untuk hidup anda. Dialah penyorak terbesar anda. Dia mahu anda berjaya, dan Dia bekerja dalam hidup anda agar anda berjaya.

 

 

Dengar audio untuk pengajaran

 

Hari 2

Perihal Pelan

Toolbox For Life

Dalam pelan bacaan ini, Pastor Rick mengajar lapan kemahiran yang diperlukan untuk mencapai kejayaan semasa kita mengejar misi hidup kita yang tersendiri.

More

Kami berterima kasih kepada Rick Warren kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.PastorRick.com