Kotak Peralatan HidupSampel

Toolbox For Life

HARI 2 DARIPADA 14

 

Kita Tidak Perlu Menentang Pengkritik

“Jadi, kukirim beberapa utusan kepada mereka dengan pesan, “Aku terlalu sibuk melaksanakan suatu pekerjaan yang besar untuk pergi ke sana. Mengapa perlu pekerjaan ini terhenti kerana aku meninggalkannya hanya untuk menemui kamu?” Empat kali berturut-turut mereka mengirim kepadaku pesan seperti itu, tetapi setiap kali kuberikan jawapan yang sama kepada mereka.” (Nehemia 6:3-4 AVB).

Orang yang negatif akan mengganggu anda. Anda sedar bahawa Allah telah memberikan anda satu tugasan yang penting. Namun, penentang ini memberitahu anda bahawa anda ialah orang yang salah. Anda salah faham. Anda melakukannya dengan salah.

Contohnya, lihatlah Nehemia. Nehemia bukan seorang pastor atau paderi. Ia ialah peniaga. Israel telah ditawan oleh Babilonia. Orang Israel telah dibuang selama 70 tahun — kemudian, orang Babilonia melepaskan mereka. Yerusalem telah dimusnahkan dan tidak berupaya mempertahankan diri. Nehemia mempunyai idea yang besar. "Saya akan membina semula kota saya. Saya akan mula dengan membina semula tembok yang melindungi kota.”

Dia menghadapi penentangan dengan serta-merta.

Musuh Israel tidak mahu melihat Yerusalem mempertahankan diri. Pemimpin menyedari bahawa setiap peluang disertai penentangan. Saya tidak pernah melakukan apa-apa dalam hidup saya yang tidak ditentang oleh seseorang. Peluang dengan penentangan sama dengan kehendak Allah.

Musuh Nehemia cuba banyak perkara untuk menghalangnya daripada membina semula tembok di sekeliling Yerusalem. Mereka cuba mencemuh, mengumpat, dan mengancam. Apabila semua itu tidak berhasil, mereka cuba melambatkan kerjanya dengan perbincangan.

Pengkritik anda — penentang yang ingin menghalang anda daripada melakukan apa yang telah dipanggil oleh Tuhan — akan menggunakan helah yang sama. Mereka akan mencemuh anda, menyebarkan khabar angin tentang anda, dan mengancam anda demi menghentikan anda daripada melaksanakan apa yang Allah ingin anda lakukan.

Walau bagaimanapun, daripada mendengar mereka, berikanlah respons yang sama seperti Nehemia.

“Jadi, kukirim beberapa utusan kepada mereka dengan pesan, “Aku terlalu sibuk melaksanakan suatu pekerjaan yang besar untuk pergi ke sana. Mengapa perlu pekerjaan ini terhenti kerana aku meninggalkannya hanya untuk menemui kamu?” Empat kali berturut-turut mereka mengirim kepadaku pesan seperti itu, tetapi setiap kali kuberikan jawapan yang sama kepada mereka.” (Nehemia 6:3-4 AVB).

Kita tidak perlu berlawan dengan penentang. Tidak berbaloi. Billy Graham pernah memberitahu saya bahawa anda boleh bergelut dengan babi, tetapi hanya babi yang akan menikmatinya. Ia betul. Jika anda ingin berlawan dengan orang yang negatif tentang apa yang sedang anda lakukan, anda cuma membuang masa.

Nehemia tidak mempertahankan kerjanya. Anda tidak perlu mempertahankan kerja anda juga. Lepaskan. Percayalah dengan iman yang mencukupi untuk menantikan hari kerja Allah melalui hidup anda dibuktikan betul. Hari itu akan datang.

 

 

Dengar audio untuk pengajaran

 

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Toolbox For Life

Dalam pelan bacaan ini, Pastor Rick mengajar lapan kemahiran yang diperlukan untuk mencapai kejayaan semasa kita mengejar misi hidup kita yang tersendiri.

More

Kami berterima kasih kepada Rick Warren kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.PastorRick.com