Kotak Peralatan HidupSampel

Toolbox For Life

HARI 3 DARIPADA 14

 

Walau Apa Pun yang Dikatakan oleh Orang Lain, Allah Memihak Kepada Anda

“TUHAN memihak kepadaku; aku tidak akan takut. Apakah yang dapat dilakukan manusia kepadaku?” (Mazmur 118:6 AVB).

Jika anda cuba melakukan apa-apa yang penting dalam hidup, anda akan berhadapan dengan penentang. Mereka mungkin mencemuh anda, menyebarkan khabar angin tentang anda, ataupun mengancam anda.

Walau bagaimanapun, jangan menumpukan perhatian pada penentang. Jangan menumpukan perhatian pada masalah anda. Tumpukan perhatian pada Allah dan janji-Nya. Jadilah orang yang berpegang pada janji.

Dalam 1 Samuel 30:6, Alkitab memberitahu kita tentang reaksi Daud semasa dikritik: “Daud menjadi begitu tertekan apabila rakyat berkata hendak merejamnya dengan batu. Memang seluruh rakyat itu berasa amat pedih lantaran tertawannya anak masing-masing, baik lelaki mahupun perempuan. Namun begitu, Daud menguatkan hati di dalam TUHAN, Allahnya” (AVB).

Apabila berhadapan dengan penentang, jangan mengumpat dengan rakan sekerja atau kawan. Kuatkan hati di dalam Tuhan. Berdoalah, "Tuhan, saya sedar Engkau mengasihi saya. Saya sedar Engkau mempunyai rancangan untuk hidup saya. Saya akan mempercayai-Mu.”

Daud berkata: “TUHAN memihak kepadaku; aku tidak akan takut. Apakah yang dapat dilakukan manusia kepadaku?” (Mazmur 118:6 AVB).

Orang lain mungkin tidak menyukai anda, tetapi itu tidak akan menyakiti anda. Anda tidak memerlukan persetujuan orang lain untuk bergembira. Anda gembira sebagaimana anda memilihnya. Anda tidak memerlukan persetujuan ibu bapa, persetujuan abang, persetujuan adik, atau persetujuan kawan. Tuhan menyertai anda. Anda tidak perlu takut. Orang lain berpendapat. Jadi?

Daud menulis dalam Mazmur 119:11a, “Firman-Mu telah kusimpan baik-baik dalam hatiku” (AVB).

Itulah yang perlu anda lakukan. Berhenti menyimpan kenegatifan yang menimpa anda dalam fikiran anda. Sebaliknya, simpan janji Allah baik-baik. Percayalah bahawa Dia akan menepati janji-Nya.

 

 

Dengar audio untuk pengajaran

 

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Toolbox For Life

Dalam pelan bacaan ini, Pastor Rick mengajar lapan kemahiran yang diperlukan untuk mencapai kejayaan semasa kita mengejar misi hidup kita yang tersendiri.

More

Kami berterima kasih kepada Rick Warren kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.PastorRick.com