Kotak Peralatan HidupSampel
Tiada Orang Lain yang Mungkin Mencipta Anda, Anda
“Engkau menciptakan segala bahagian badanku; Engkau membentuk aku di dalam rahim ibuku.” (Mazmur 139:13 BM).
Allah telah merancang setiap hari dalam hidup anda. Sebelum anda menarik nafas pertama, Allah mengetahui setiap peristiwa hidup anda.
Lama sebelum anda jadi, anda dibayangkan dalam fikiran Allah. Anda tidak bernafas pada ketika ini kerana takdir, kebetulan, atau nasib, atau luar jangka.
Anda hidup sekarang ini kerana Allah mahu anda — dengan segala kekuatan dan kelemahan anda — hidup.
Sama ada ibu bapa anda baik, jahat, atau bersikap tidak ambil tahu, Allah telah menggunakan mereka kerana mereka memiliki DNA yang tepat yang diperlukan untuk mencipta anda. Allah mahu anda hidup. Sejak permulaan masa, Allah mempunyai rancangan untuk hidup anda — dan Dia mempunyai tujuan yang ingin dicapai oleh anda.
Tiada orang lain yang mungkin mencipta anda untuk menjadi anda.
Alkitab menyatakan, “Engkau menciptakan segala bahagian badanku; Engkau membentuk aku di dalam rahim ibuku. Aku memuji Engkau kerana Engkau menciptakan aku dengan baik dan luar biasa . . . Ketika tulang-tulangku dijadikan, dan dirangkaikan dengan teliti di dalam rahim ibuku, ketika aku tumbuh di sana secara rahsia, Engkau tahu bahawa aku di sana. Engkau melihat aku semasa aku dalam kandungan ibuku. Jangka masa hidupku sudah ditetapkan dan dicatat di dalam kitab-Mu, bahkan sebelum satu hari pun bermula” (Mazmur 139:13-16 BM).
Allah terlibat secara peribadi dengan kelahiran anda. Dia mengasihi anda ketika itu dan Dia akan mengasihi anda selama-lamanya. Ibu bapa anda telah menyumbangkan DNA anda tetapi Allah telah mencipta anda. Anda bukanlah seorang lagi bayi yang dilahirkan semata-mata. Allah telah merancang kelahiran anda secara peribadi.
Anda ialah karya agung Allah. Dia telah mencipta anda untuk satu sebab: untuk memenuhi tujuan-Nya di dunia ini.
Dengar audio untuk pengajaran |
Kitab
Perihal Pelan
Dalam pelan bacaan ini, Pastor Rick mengajar lapan kemahiran yang diperlukan untuk mencapai kejayaan semasa kita mengejar misi hidup kita yang tersendiri.
More