Kotak Peralatan HidupSampel

Toolbox For Life

HARI 13 DARIPADA 14

 

Semasa Marah, Memperlahankan Diri dan THINK (BERFIKIR)

“Setiap orang haruslah cepat mendengar, tetapi lambat berkata-kata, dan lambat naik marah” (Yakobus 1:19b BM).

Kita menyelamatkan diri daripada banyak penderitaan dan sakit hati jika kita mengikut satu petua yang mudah: Memperlahankan diri semasa marah atau tersinggung.

Alkitab menyatakan, “Setiap orang haruslah cepat mendengar, tetapi lambat berkata-kata, dan lambat naik marah” (Yakobus 1:19b BM).

Walau bagaimanapun, kita biasanya melakukan hal yang bertentangan. Kita cepat berkata-kata, lambat mendengar, dan cepat naik marah. Itu terbalik! Namun, jika anda melakukan dua perkara yang pertama — lambat berkata-kata dan cepat mendengar — perkara yang terakhir terjadi dengan automatik. Anda akan mendapati diri semakin kurang naik marah dan tidak mudah naik marah.

Ada satu ritma yang penting bagi idea ini, yang diulang beberapa kali dalam Alkitab. Contohnya:

• Amsal 14:29: “Orang yang bertenang itu bijak, tetapi orang yang cepat marah itu bodoh” (BM).

• Amsal 15:28: “Orang baik berfikir dahulu sebelum menjawab. Orang jahat menjawab tanpa berfikir sehingga mendatangkan kesusahan” (BM).

• Amsal 15:18: “Orang yang pemarah membangkitkan pertengkaran, tetapi orang yang panjang sabar menenangkan pertikaian” (AVB).

Bagaimanakah anda memperlahankan diri dan berfikir sebelum naik marah? Pertimbangkan lima soalan yang berikut sebelum bercakap semasa marah.

• T: Benarkah (Truthful)? Adakah apa yang bakal dikatakan itu benar?

• H: Bergunakah (Helpful)? Ataupun, adakah kata-kata itu akan menyakiti orang lain?

• I: Berinspirasikah (Inspirational)? Adakah kata-kata itu membina atau memusnah?

• N: Perlukah (Necessary)? Jika tidak perlu, mengapakah saya harus mengatakannya?

• K: Baikkah (Kind)? Adakah kata-kata itu menggalakkan atau mengecewakan?

Memperlahankan diri sahaja semasa marah tidaklah memadai. Luangkan masa untuk THINK tentang apa yang harus dikatakan atau apa yang harus dilakukan seterusnya.

 

 

Dengar audio untuk pengajaran

 

Hari 12Hari 14

Perihal Pelan

Toolbox For Life

Dalam pelan bacaan ini, Pastor Rick mengajar lapan kemahiran yang diperlukan untuk mencapai kejayaan semasa kita mengejar misi hidup kita yang tersendiri.

More

Kami berterima kasih kepada Rick Warren kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.PastorRick.com