Kotak Peralatan HidupSampel
Allah Memberikan Peluang untuk Membantu Orang Lain Setiap Hari
“Janganlah menahan kebaikan daripada orang yang patut menerimanya, ketika engkau mampu melakukannya” (Amsal 3:27 AVB).
Allah memberikan anda peluang yang kecil setiap hari untuk menunjukkan kebaikan kepada orang di sekeliling anda. Semasa berbuat demikian, Dia memerhatikan anda untuk melihat jika anda bersikap mementingkan diri atau melihat orang yang memerlukan dorongan atau tepukan bahu atau bantuan membuat kerja suruhan atau pertolongan praktikal yang lain.
Alkitab menyatakan, “Janganlah menahan kebaikan daripada orang yang patut menerimanya, ketika engkau mampu melakukannya” (Amsal 3:27 AVB). Anda tidak selalu berpeluang menolong. Oleh itu, apabila timbulnya peluang itu, ikutlah pendekatan Nike: Lakukan saja! Mungkin ada orang dalam hidup anda yang anda pernah terfikir untuk tolong. Anda mengutamakan kepentingan mereka, tetapi setakat ini, anda tidak melakukan apa-apa. Mengapa?
Anda tidak bertindak segera.
Kita memberikan alasan. Satu alasan yang ketara ialah: "Saya akan melakukannya bila keadaan menjadi tenang." Tahukah anda? Keadaan tidak mungkin tenang. Jika anda mahu melakukan sebarang kebaikan dalam hidup anda, sekaranglah masanya. Alkitab mengatakan, "Sesiapa yang menunggu hingga angin dan cuaca baik, tidak akan menabur ataupun menuai apa-apa” (Pengkhutbah 11:4 BM).
Lakukanlah kebaikan sekarang ini kerana esok tidak terjamin.
Yesus berkata, “Selagi siang, kita mesti melakukan tugas Dia yang telah mengutus-Ku. Malam akan tiba apabila seorang pun tidak dapat melakukan apa-apa lagi” (Yohanes 9:4 AVB).
Allah telah memberikan tugas kepada kita untuk dilakukan dalam hidup kita. Hidup kita berlalu. Janganlah menunggu keadaan yang sempurna; setiap hari, carilah peluang yang diberikan oleh Allah untuk menolong dan mendorong orang lain.
Dengar audio untuk pengajaran |
Perihal Pelan
Dalam pelan bacaan ini, Pastor Rick mengajar lapan kemahiran yang diperlukan untuk mencapai kejayaan semasa kita mengejar misi hidup kita yang tersendiri.
More