Kotak Peralatan HidupSampel
Tanpa Menghiraukan Cerita Anda, Allah Boleh Menggunakan Masa Lalu Anda untuk Kemuliaan-Nya
“Tiap-tiap orang harus memeriksa kelakuannya sendiri, sama ada baik atau tidak. Jika baik, dia boleh berbangga dengan hal itu. Tetapi dia tidak perlu membandingkan apa yang dilakukannya dengan apa yang dilakukan orang lain” (Galatia 6:4 BM).
Salah satu cara terbaik untuk mendapat tahu tentang bagaimana Allah ingin menggunakan anda pada masa depan ialah memandang bagaimana Dia telah menggunakan anda pada masa lalu.
Allah tidak mahu mensia-siakan masa lalu anda. Allah ingin menggunakannya.
Alkitab menyatakan, “Tiap-tiap orang harus memeriksa kelakuannya sendiri, sama ada baik atau tidak. Jika baik, dia boleh berbangga dengan hal itu. Tetapi dia tidak perlu membandingkan apa yang dilakukannya dengan apa yang dilakukan orang lain” (Galatia 6:4 BM).
Ini tidak berkaitan dengan apa yang dilakukan dengan baik oleh ibu bapa anda. Ini tidak berkaitan dengan apa yang dilakukan dengan baik oleh pasangan anda. Alkitab mengatakan bahawa kita harus memeriksa kelakuan sendiri.
Oleh itu, bagaimanakah anda melakukan itu? Yang berikut ialah latihan yang mudah untuk mula berbuat demikian.
Luangkan setengah jam pada minggu ini. Duduk, lukiskan garisan di atas kertas, satu garisan untuk setiap 10 tahun hidup anda. Kemudian, hasilkan inventori hidup anda. Selidik kelakuan anda.
Apakah kelebihan anda pada setiap peringkat hidup anda? Apakah yang gemar dilakukan? Kedua-duanya adalah penting.
Carilah pola. Jika anda mahir melakukan sesuatu semasa muda, berkemungkinan anda masih mahir sekarang ini.
Gunalah apa yang telah diketahui tentang diri sendiri untuk membantu anda memahami apa yang Allah ingin lakukan melalui hidup anda.
Dengar audio untuk pengajaran |
Kitab
Perihal Pelan
Dalam pelan bacaan ini, Pastor Rick mengajar lapan kemahiran yang diperlukan untuk mencapai kejayaan semasa kita mengejar misi hidup kita yang tersendiri.
More