Kotak Peralatan HidupSampel

Toolbox For Life

HARI 4 DARIPADA 14

 

Apakah yang Berkuasa Muktamad dalam Hidup Anda?

“Hati manusia tidak dapat difahami oleh sesiapa; hati manusia lebih licik daripada segala-galanya, dan penyakitnya terlalu parah” (Yeremia 17:9 BM).

Satu soalan asas dalam hidup lebih menonjol daripada semua soalan yang lain.

Apakah yang berkuasa muktamad dalam hidup anda?

Apakah sumber yang akan membantu anda menentukan nilai anda? Ibu bapa anda? Kawan anda? Barangkali sekolah anda atau buku yang dibaca? Apakah wayang atau siri televisyen yang ditonton, atau lagu yang didengar?

Allah membenarkan anda untuk membuat keputusan. Dia telah memberikan kita kehendak bebas.

Kebanyakan daripada pilihan kita diringkaskan kepada tiga pilihan yang berbeza.

Diri sendiri: Kita boleh bergantung pada gerak hati kita untuk memberitahu kita apa yang harus dilakukan. Namun, ada masalah dengan pilihan ini. Kajian mendapati tanggapan kita berkemungkinan besar salah berbanding betul. Sebenarnya, ada kalanya kita membohong pada diri sendiri. Dalam Yeremia 17:9, Alkitab menyatakan, “Hati manusia tidak dapat difahami oleh sesiapa; hati manusia lebih licik daripada segala-galanya, dan penyakitnya terlalu parah” (BM).

Dunia: Kita boleh bergantung pada apa yang difikir oleh orang lain untuk menentukan nilai kita. Masalahnya ialah dunia ini kerap menitikberatkan perkara yang salah. Contohnya, dunia ini menekankan kecantikan lebih daripada watak, atau memberitahu kita untuk mengejar apa jua yang menyeronokkan, atau menyatakan bahawa orang yang memiliki paling banyak harta ialah pemenang. Kita dihujani nilai duniawi melalui pelbagai bentuk media — sehinggakan memanglah mudah untuk berfikir bahawa Allah telah menempatkan kita di bumi ini untuk kelihatan baik, rasa baik, dan memperoleh harta. Namun, itu langsung tidak benar!

Firman Allah: Firman Allah adalah objektif dan benar, bertentangan dengan tanggapan kita atau pendapat dunia. Firman Allah menyatakan, “Kalau kamu mengikut ajaran-Ku . . . kamu akan mengenal kebenaran dan kebenaran akan membebaskanmu” (Yohanes 8:31-32 AVB).

Selepas membaca tiga pilihan ini, apakah yang akan anda rujuk untuk menentukan nilai anda? Pilihan yang manakah yang akan anda pilih sebagai kekuasaan muktamad dalam hidup anda?

Apakah yang memiliki kekuasaan muktamad dalam hidup anda?

 

 

Dengar audio untuk pengajaran

 

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Toolbox For Life

Dalam pelan bacaan ini, Pastor Rick mengajar lapan kemahiran yang diperlukan untuk mencapai kejayaan semasa kita mengejar misi hidup kita yang tersendiri.

More

Kami berterima kasih kepada Rick Warren kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.PastorRick.com