Kotak Peralatan HidupSampel
Berbaloikah KeKristianan?
“Apalah gunanya jika seseorang memperoleh seluruh dunia tetapi kehilangan hidupnya? Apakah yang dapat diberinya sebagai ganti untuk hidup itu?” (Matius 16:26 AVB).
Paulus memberitahu kita dalam 1 Korintus 15:19, “Jika harapan kita kepada Kristus terbatas kepada hidup kita di dunia ini sahaja, maka kitalah [orang Kristian] yang paling malang antara semua orang di dunia ini” (BM).
Mengapakah Paulus berkata demikian? Pertama, tidaklah mudah untuk hidup demi Kristus di dunia yang tidak menyukai Kristus.
Maka, salah satu soalan yang paling penting ialah: Berbaloikah KeKristianan?
Setiap hal dalam hidup ini mempunyai tanda harga. Bila-bila anda mengatakan ya terhadap sesuatu, anda mengatakan tidak terhadap sesuatu yang lain. Adakah ganjarannya berbaloi dengan harga mengikuti Kristus?
Dalam Matius 16:26, Yesus berkata, “Apalah gunanya jika seseorang memperoleh seluruh dunia tetapi kehilangan hidupnya? Apakah yang dapat diberinya sebagai ganti untuk hidup itu?” (AVB).
Sesetengah orang menukar jiwa mereka dengan benda duniawi — seperti wang, kemasyhuran, dan sikap mementingkan kebendaan. Jiwa anda jauh lebih bernilai daripada semua itu.
Paulus menyedari hal ini. Semasa Paulus berkongsi kesaksiannya dalam Filipi 3:7-8, ia berkata, “Tetapi kerana apa yang sudah dilakukan oleh Kristus bagiku, semua yang dahulu aku anggap sebagai menguntungkan, kini merugikan. Bukan sahaja hal-hal itu aku anggap merugikan, tetapi semua hal lain yang biasa aku lakukan, sekarang aku anggap merugikan. Dengan demikian aku akan mendapat apa yang jauh lebih menguntungkan, iaitu mengenal Kristus Yesus sebagai Tuhanku. Kerana Kristus, aku telah meninggalkan segala perkara yang biasa aku lakukan. Aku menganggap semua itu sebagai sampah sahaja, supaya aku boleh mendapat Kristus” (BM).
Paulus menyedari bahawa tiada apa-apa — tidak status, sebanyak mana pun wang, tiada kenikmatan — adalah lebih bernilai daripada Yesus.
Kita memerlukan definisi kejayaan yang baru. Kejayaan sebenar yang bermakna tidak bergantung pada apa yang dimiliki, paras rupa kita, atau "perasaan baik." Kejayaan sebenar terhasil daripada kejayaan menjalankan hidup berdasarkan nilai Allah — dan menikmati keabadian di Syurga sebagai ganjaran terakhir.
Dengar audio untuk pengajaran |
Perihal Pelan
Dalam pelan bacaan ini, Pastor Rick mengajar lapan kemahiran yang diperlukan untuk mencapai kejayaan semasa kita mengejar misi hidup kita yang tersendiri.
More