Kesukaan bagi Dunia Anda! Pengiraan Detik Hari NatalSampel
Maria, ibu terpilih Yesus yang amat muda, mengucapkan salah satu pernyataan yang paling berani dalam seluruh Alkitab. Sebagai reaksi terhadap pengumuman malaikat bahawa dunia Maria baru diganggu oleh rancangan syurga, Maria mengatakan dengan jelas, "Aku hamba Tuhan; biarlah berlaku kepadaku seperti yang engkau katakan." - (Lukas 1:38)
Seorang "hamba" adalah seseorang yang boleh bebas tetapi memilih untuk tinggal dan melayani tuannya. Maria dengan rela memilih untuk menawarkan perumahan sementara kepada Penyelamat dunia kerana itulah yang diingini Allah. Apabila dunianya berlanggar dengan keinginan muktamad Allah, Maria mati terhadap dirinya dan berserah kepada Allah Bapa.
Bilakah kali terakhir anda memetik Lukas 1:38? Adakah Allah meminta sesuatu yang sukar daripada anda akhir-akhir ini? Bagaimanakah anda membalas-Nya?
Apabila Allah mengkehendaki salah seorang anak-Nya untuk meletakkan kehendaknya dan caranya untuk rancangan terbaik-Nya, sering kali akan terjadinya pergumulan kehendak manusia. Malangnya, daripada memberikan respons dengan kematangan dan kebijaksanaan Maria yang muda, ramai antara kita bersungut dan mengeluh. Sesetengah daripada kita pula berani mempersoalkan sama ada Allah sedar apa yang sedang dilakukan-Nya.
Apakah yang telah diminta Allah daripada anda? Adakah Dia meminta anda untuk mengasihi seseorang yang sukar? Barangkali Dia meminta anda untuk membesarkan seorang anak dengan kebutuhan khusus atau melayani bos yang tidak mengambil peduli. Allah mencari hamba; lelaki dan perempuan yang rela melayani-Nya kerana kasih. Allah mencari mereka yang rela berserah kepada cara dan rancangan-Nya semata-mata kerana hati mereka adalah kepunyaan-Nya sepenuhnya. Allah menginginkan lelaki dan perempuan yang rela membenarkan-Nya untuk mengganggu kehidupan mereka yang telah dirancang dengan baik dengan rancangan-Nya yang sukar dipercayai! Ini digelar menjadi hamba.
Hati Maria yang suci dan keazaman sejatinya dinyatakan melalui kata-kata terakhir dalam pernyataannya, " ... biarlah berlaku kepadaku seperti yang engkau katakan." Adakah itu keazaman hati anda juga? Apabila kehendak anda bercanggahan dengan Firman Allah, Firman Allah mesti menang dengan apa cara sekalipun. Seperti Maria, selesaikan isu kehendak manusia dan kekuasaan Firman Allah pada hari ini. Saya menyatakan, dengan Maria, bahawa dalam hidup saya, biarlah berlaku seperti Firman-Nya kerana saya ialah hamba-Nya.
Perihal Pelan
Hari Natal adalah masa di mana kita harus menjangkakan pemasukan syurga ke dunia kita yang berdebu dan kotor. Hari Natal adalah masa yang mengingatkan kita bahawa mukjizat benar-benar berlaku, doa benar-benar dijawab dan bahawa jarak syurga hanyalah satu respons. Melalui pengalaman Maria, Yusuf, Zakharia dan Elisabet, gembala dan orang bijak, renungan ini menerokai kepentingan hari Natal yang pertama dan bagaimana ia menyilang setiap daripada kehidupan kita sekarang.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana membekalkan renungan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com