Kesukaan bagi Dunia Anda! Pengiraan Detik Hari NatalSampel
![Joy! to Your World! A Countdown to Christmas](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F396%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Elisabet sedang menikmati mukjizat kehamilan mengejut selama kira-kira enam bulan apabila Maria sampai ke rumahnya. Maria, gadis muda yang telah dipilih untuk mengandungkan Penyelamat dunia, bergegas untuk melawat saudarinya yang lebih tua dan bijak, Elisabet, apabila dia memikirkan segala sesuatu yang sedang berlaku kepada dunianya.
Apabila Maria memasuki rumah Zakharia dan Elisabet, bayi lelaki dalam rahim Elisabet melonjak keriangan! Pada waktu Yohanes, meskipun belum dilahirkan, merasakan dia berada dalam hadirat Mesias Yesus, dia mula berlonjak keriangan!
Yohanes, masih dalam rahim ibunya dan tidak dapat melihat Yesus dengan matanya, sedar bahawa dia berada dalam hadirat Tuhan. Hanya terdapat satu respons yang mungkin bagi hadirat Tuhan, iaitu, keriangan! Elisabet mengatakan kepada Maria bahawa ini bukannya gerakan lembut daripada bayi dalam kandungannya - tetapi lonjakan yang besar! Yohanes terlalu gembira kerana berada dalam hadirat Yesus!
Roh Yesus memberikan respons kepada Roh Yesus Kristus yang sentiasa penuh dengan keriangan.
Mungkin dengan tahun-tahun yang berlalu, sepupu ini akan bermain di rumah satu sama lain. Saya tertanya-tanya sama ada Yohanes muda yang cergas dan bersemangat akan berlompat-lompat setiap kali Yesus memasuki suatu bilik itu!
Ibunya, Elisabet yang tertib, yang dibesarkan dalam rumah seorang imam dan kini telah mengahwini seorang imam, mungkin mengatakan, "Yohanes sayang, berhenti berlompat-lompat! Kamu terlalu cergas, nak."
"Tapi ibu, saya tidak dapat mengawalnya! Setiap kali saya berada dekat Yesus, kaki saya akan mula berlompat-lompat keriangan!"
Apabila Yesus memasuki dunia kita, memasuki kehidupan kita dan rumah kita, kita mesti berikan respons kegembiraan sepenuh. Hati kita harus mula berlonjat-lonjat seperti Yohanes!
Dalam hadirat-Nya adalah satu-satunya tempat di mana anda akan mengalami keriangan. Anak yang pulang ke rumah untuk hari Natal, menerima hadiah yang banyak, menghias rumah atau memakan campuran makanan yang istimewa...perkara-perkara ini tidak akan memenuhi hati anda dengan keriangan. Pada hari Natal ini, luangkan tempat untuk hadirat-Nya. Habiskan masa bersama kawan dan keluarga anda untuk menyanyikan karol hari Natal yang digemari; membaca kisah kelahiran-Nya daripada Alkitab bersama-sama.
Hari Natal telah memberikan kita keyakinan bahawa semasa hidup di bumi, kita boleh menjadi benefisiari keriangan syurga!
Perihal Pelan
![Joy! to Your World! A Countdown to Christmas](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F396%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Hari Natal adalah masa di mana kita harus menjangkakan pemasukan syurga ke dunia kita yang berdebu dan kotor. Hari Natal adalah masa yang mengingatkan kita bahawa mukjizat benar-benar berlaku, doa benar-benar dijawab dan bahawa jarak syurga hanyalah satu respons. Melalui pengalaman Maria, Yusuf, Zakharia dan Elisabet, gembala dan orang bijak, renungan ini menerokai kepentingan hari Natal yang pertama dan bagaimana ia menyilang setiap daripada kehidupan kita sekarang.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana membekalkan renungan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com
Pelan yang Berkaitan
![Segalanya Tenang: Menerima Rehat Yesus Pada Hari Natal Ini](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F9212%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Segalanya Tenang: Menerima Rehat Yesus Pada Hari Natal Ini
![Satu Perkataan yang akan Mengubah Kehidupan Anda](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F809%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Satu Perkataan yang akan Mengubah Kehidupan Anda
![Mempercayai Allah Adalah Baik Walau Apa Pun](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F1930%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Mempercayai Allah Adalah Baik Walau Apa Pun
![Adven: Perjalanan ke Hari Natal](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F13463%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Adven: Perjalanan ke Hari Natal
![Menggunakan Masa Anda untuk Allah](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F1355%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Menggunakan Masa Anda untuk Allah
![Perjalanan ke Palungan](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F9390%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Perjalanan ke Palungan
![Tahun Baru, Rahmat Baru](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F13613%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Tahun Baru, Rahmat Baru
![Oswald Chambers: Kedamaian - Kehidupan dalam Roh](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F1032%2F320x180.jpg&w=640&q=75)