Kesukaan bagi Dunia Anda! Pengiraan Detik Hari NatalSampel

Joy! to Your World! A Countdown to Christmas

HARI 1 DARIPADA 25

Ia hari Natal! Marilah kita berjalan ke Betlehem dengan melihat kisah hari Natal yang lama dan menyeronokkan dalam Alkitab. Kisah bersejarah tentang kelahiran Yesus tidak bermula di Betlehem ataupun Nazaret ... tetapi bermula dengan satu pasangan tua yang mengetahui kepuasan hidup yang dijalankan dengan baik bagi Allah. Alkitab menggambarkan Elisabet dan Zakharia dengan cara yang amat baik: "Kehidupan suami isteri itu menyenangkan hati Allah. Mereka mentaati semua hukum dan perintah Tuhan." - Lukas 1:6 Elisabet dan Zakharia telah lama berkahwin namun tidak beranak. Seksaan jiwa pastinya menyedihkan imam dan isterinya ini, tetapi Alkitab mencatatkan mereka terus taat dalam setiap aspek hubungan mereka dengan Tuhan. Bagaimanakah anda memberikan respons terhadap kehampaan? Adakah anda melihatnya sebagai alasan untuk terlalu menurutkan kemahuan atau bersungut dan merungut? Walaupun Elisabet dan Zakharia tidak mempunyai anak dan harapan yang hancur, mereka terus melayani Allah sepenuh hati betahun-tahun lamanya. Alkiitab menyatakan doa orang yang benar mempunyai kuasa yang besar! (Yakobus 5:16) Apabila anda terus menjalani kehidupan yang benar ... dan terus berdoa ... doa anda akan menyelesaikan kerja itu. Alkitab juga menyatakan bahawa orang yang benar akan hidup oleh percayanya. (Habakuk 2:4) Elisabet dan Zakharia terus hidup berdasarkan kepercayaan kepada Kristus, dan bukan berdasarkan apa yang dapat dilihat. Nama Elisabet sebenarnya bermaksud "Allah ialah sumpahku". Elisabet mempercayai janji-janji Allah lama selepas orang lain sudah berputus asa dalam kehampaan. Dia mempercayai bahawa Allah mendengar doanya sementara kawannya bercakap lembut kepada bayi mereka dan bertahun-tahun kemudiannya menidurkan cucu mereka. Saya berharap pelajaran pertama yang anda akan belajar daripada kisah hari Natal adalah bersabar dengan Allah. Percayalah Allah meskipun keadaan anda adalah mencabar. Terus menjalankan hidup yang benar sepanjang waktu yang menghampakan. Berdoalah dengan yakin dan percayalah bahawa Allah sedang mendengar doa anda. Terus mengambil sikap hati yang positif apabila anda tidak dapat mengikut kehendak hati. Biarkan keindahan Elisabet untuk mengingatkan anda bahawa orang percaya yang benar hidup berdasarkan kepercayaan dan bukan berdasarkan apa yang dapat dilihat.
Hari 2

Perihal Pelan

Joy! to Your World! A Countdown to Christmas

Hari Natal adalah masa di mana kita harus menjangkakan pemasukan syurga ke dunia kita yang berdebu dan kotor. Hari Natal adalah masa yang mengingatkan kita bahawa mukjizat benar-benar berlaku, doa benar-benar dijawab dan bahawa jarak syurga hanyalah satu respons. Melalui pengalaman Maria, Yusuf, Zakharia dan Elisabet, gembala dan orang bijak, renungan ini menerokai kepentingan hari Natal yang pertama dan bagaimana ia menyilang setiap daripada kehidupan kita sekarang.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana membekalkan renungan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com