Kesukaan bagi Dunia Anda! Pengiraan Detik Hari NatalSampel

Askar-askar British menghabiskan hari sebelum hari Natal pada tahun 1914 di medan pertempuran Perancis semasa Perang Dunia I. Selepas bertempur selama empat bulan, lebih daripada sejuta orang telah terkorban dalam konflik yang banyak menumpahkan darah itu. Mayat askar yang telah terkorban bergelimpang antara parit pelindung pasukan tentera yang bertentangan itu.
Di tengah-tengah medan pertempuran yang amat sejuk di Perancis itu, suatu mukjizat telah berlaku! Pasukan British melihat dengan hairan apabila pokok diterangi lilin muncul di atas parit pelindung Jerman.
"Daripada tembok Jerman, suara bariton yang lantang mula menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan jururawat Jerman kepada saya ... suara yang berat dan lembut menaik dari kabus yang sejuk itu. Ia amat pelik ... seolah-olah berada di dunia yang lain," ditulis seorang askar British muda dalam diarinya.
"Malam Kudus, Sunyi Senyap. Dunia terlelap. Hanya dua berjaga terus."
Sesudah askar Jerman itu habis bernyanyi, askar British memutuskan untuk membalas. Daripada membalas dengan deruan meriam, pasukan England menyanyikan,
"Di hari Natal yang pertama, gembala asyik menjaga domba, malam dingin tiada cahya, malaikat datang membawa warta ..."
Apabila askar dari England berakhir dengan, "Lahirlah Raja Israel!", musuhnya bertepuk tangan dan mula mempersembahkan "Oh Tannebaum!"
Apabila pasukan British mula menyanyikan, "Mari Orang Saleh!", pasukan Jerman turut bernyanyi bersama. Mereka bernyanyi dengan musuh.
Ini merupakan peristiwa luar biasa yang berlaku di tengah-tengah medan pertempuran yang banyak menumpahkan darah! Dua negara yang bertentangan menyanyikan lagu Natal yang sama semasa peperangan yang sengit. Dicatatkan bahawa askar-askar musuh menyapa satu sama lain di kawasan bebas antara sempadan yang beberapa minit sebelumnya merupakan zon pembunuhan. Askar-askar itu mengucapkan Selamat Hari Natal kepada satu sama lain dan bersetuju bahawa senapang tidak akan ditembak pada hari Natal.
Ribuan askar meraikan kelahiran Raja Damai antara mayat.
Satu suara bersendirian menyanyikan "Malam Kudus" dalam bahasa Perancis ... disertai satu suara yang bernyanyi dalam bahasa Jerman ... dan akhirnya kata-katanya adalah dalam bahasa Inggeris.
Siapakah yang anda perlu berdamai dengan pada musim ini? Adakah anda terlibat dalam pertempuran sengit yang memeras hidup daripada jiwa anda? Hari Natal adalah suatu masa dalam sejarah di mana kedamaian adalah berkelimpahan kerana Bayi yang datang untuk membawakan kedamaian kepada segala zaman.
Kitab
Perihal Pelan

Hari Natal adalah masa di mana kita harus menjangkakan pemasukan syurga ke dunia kita yang berdebu dan kotor. Hari Natal adalah masa yang mengingatkan kita bahawa mukjizat benar-benar berlaku, doa benar-benar dijawab dan bahawa jarak syurga hanyalah satu respons. Melalui pengalaman Maria, Yusuf, Zakharia dan Elisabet, gembala dan orang bijak, renungan ini menerokai kepentingan hari Natal yang pertama dan bagaimana ia menyilang setiap daripada kehidupan kita sekarang.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana membekalkan renungan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com
Pelan yang Berkaitan

Segalanya Tenang: Menerima Rehat Yesus Pada Hari Natal Ini

Satu Perkataan yang akan Mengubah Kehidupan Anda

Mempercayai Allah Adalah Baik Walau Apa Pun

Adven: Perjalanan ke Hari Natal

Menggunakan Masa Anda untuk Allah

Perjalanan ke Palungan

Tahun Baru, Rahmat Baru
