Kesukaan bagi Dunia Anda! Pengiraan Detik Hari NatalSampel
Maria berasa bingung! Seorang lelaki pelik baru memasuki biliknya dan mengatakan hal-hal seperti berkat dan Allah dan salam! Siapakah dia dan apakah yang dikatakannya?
Saya hampir dapat mendengar debaran hati Maria semasa dia cuba memahami apa yang sedang berlaku di sekelilingnya pada hari ini.
Apabila Malaikat Gabriel menyambung pesanan syurga kepada gadis muda ini, mungkin ketakutan Maria reda dan kesedaran rendah hati mula melanda hatinya.
"Saya?! Allah telah memilih saya?! Saya telah dipilih untuk mengandungkan anak Allah? Ibu Mesias?"
Bagi Maria, hari Natal adalah memahami bahawa cara-cara Allah adalah jauh lebih tinggi daripada cara kita. Maria sedang belajar, sebagaimana yang mesti dipelajari kita juga, bahawa apabila Keilahian melanda manusia ... Keilahian sentiasa menang! Hari Natal adalah suatu peringatan kepada saya ... dan kepada anda ... dan kepada Maria ... bahawa cara-Nya sentiasa lebih tinggi dan lebih baik daripada apa-apa yang dapat kita fikirkan atau bayangkan.
Hari Natal tidak kena-mengena dengan orang bunian yang menari, rusa kutub dengan hidung merah dan orang salji yang bernyanyi. Hari Natal adalah tentang suatu pencerobohan! Hari Natal berlaku apabila terang syurga mencecah kegelapan bumi!
Hari Natal akan sentiasa mendorong orang berdosa yang paling teruk untuk memikirkan sapaan yang dibawa oleh kisah hari Natal. Sama ada hari Natal adalah bohong yang berani atau kebenaran yang muktamad. Tiada yang lain.
Sama ada palung itu diletakkan dalam kategori yang sama dengan orang bunian, Santa Nicholas yang riang dan rusa kutub yang terbang ... ataupun ia adalah Kebenaran yang mutlak, ilahi dan abadi.
Hari Natal bukanlah semangat cuti yang melanda kita sehari selepas Hari Kesyukuran dan membuat kita membeli-belah, membelanja, dan makan. Hari Natal adalah tentang Roh Kudus yang membawakan kedamaian dan kesukaan melalui Bayi Lelaki ke dalam kekucar-kaciran yang telah kita bawa kepada bumi. Ia adalah tentang kuasa realiti syurga yang memasuki kehidupan seseorang. Hari Natal bermula pada waktu seseorang itu sedar akan kerinduan yang sentiasa wujud untuk membayangi segala sesuatu yang diwakili-Nya dan dilakukan-Nya!
Ia berlaku kepada Maria ... dan ia boleh berlaku kepada anda! Barangkali doa yang sesuai untuk diucapkan pada hari Natal ini adalah, "Roh Kudus! Bayangi saya! Bayangi impian saya, pilihan dan pendapat saya! Lahirkan sesuatu yang baru dan sesuatu yang besar dalam saya! Ciptakan sesuatu dalam saya yang akan mengubah generasi ini demi Kerajaan Kristus!"
Perihal Pelan
Hari Natal adalah masa di mana kita harus menjangkakan pemasukan syurga ke dunia kita yang berdebu dan kotor. Hari Natal adalah masa yang mengingatkan kita bahawa mukjizat benar-benar berlaku, doa benar-benar dijawab dan bahawa jarak syurga hanyalah satu respons. Melalui pengalaman Maria, Yusuf, Zakharia dan Elisabet, gembala dan orang bijak, renungan ini menerokai kepentingan hari Natal yang pertama dan bagaimana ia menyilang setiap daripada kehidupan kita sekarang.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana membekalkan renungan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com