Kesukaan bagi Dunia Anda! Pengiraan Detik Hari NatalSampel
Yusuf ialah seorang yang tulus hati ... seorang yang baik ... dan seorang yang baik baik hati. Perkataan "tulus hati" dalam ayat 19 didefinisikan demikian dalam bahasa Yunani: 'digunakan untuk orang yang berfikir, merasa dan bertindak dalam cara yang taat sepenuhnya kepada kehendak Allah."
Yusuf tidak membuat keputusan berdasarkan kepentingan dirinya. Keputusannya terhasil daripada keyakinan akan kehendak Allah yang sempurna dan kudus. Yusuf mempelajari suatu pelajaran yang penting pada musim Natal yang pertama ini; meraikan Penyelamat bukan tentang memaksimumkan keinginan atau keutamaan diri – ia adalah tentang melakukan apa jua yang diperlukan untuk menyambut Anak Kristus ke dalam kehidupan anda.
Ini merupakan suatu pelajaran serius yang kita perlu diingatkan tentang pada musim Natal ini. Hari Natal bukan tentang perasaan saya, atau keadaan saya, ataupun ketenangan keluarga dan kawan. Hari Natal sentiasanya tentang meluangkan tempat bagi Yesus di ruang depan kehampaan kehidupan saya.
Rancangan Yusuf yang bijak dan baik hati telah diganggu oleh malaikat Natal! Betapa menakjubkan untuk mengetahui bahawa meskipun kita melakukan perkara yang dipercayai adalah kebaikan yang tertinggi, cara Allah masihlah lebih tinggi daripada niat terbaik kita! Hari Natal adalah masa di mana hal terbaik syurga mengganggu kebaikan kita.
Adakah Allah mengganggu kehidupan anda baru-baru ini? Mungkin pada hari Natal ini anda ingin menilai kehidupan anda dan menyedari bahawa Allah berhak mengganggu kehidupan biasa anda. Allah berhak menunjukkan anda cara yang lebih baik untuk menjalankan kehidupan kerana keputusan terbaik anda tidak seberapa berbanding apa yang diniatkan Allah untuk anda!
Adakah Yusuf lelaki biasa yang dilamun cinta dengan gadis biasa yang bernama Maria? Ya...dan tidak! Allah sentiasa mempunyai rancangan luar biasa untuk mereka yang memilih gaya hidup benar yang tidak ada kompromi. Allah ingin menggunakan setiap seorang daripada kita sebagai alat di mana Kristus dinyatakan kepada setiap generasi.
Jika anda rasa hari Natal hanyalah tentang Yusuf dan Maria ... anda amat salah. Eloklah anda menyertai Grinch dan Ebeneezer Scrooge dalam pendapat anda tentang hari Natal. Allah ingin melahirkan hari Natal melalui anda pada masa ini. Anda wujud untuk menyatakan sifat dan hati Allah. Itulah yang dilakukan orang yang tulus hati - bukan sahaja pada hari Natal tetapi 365 hari setahun!
Perihal Pelan
Hari Natal adalah masa di mana kita harus menjangkakan pemasukan syurga ke dunia kita yang berdebu dan kotor. Hari Natal adalah masa yang mengingatkan kita bahawa mukjizat benar-benar berlaku, doa benar-benar dijawab dan bahawa jarak syurga hanyalah satu respons. Melalui pengalaman Maria, Yusuf, Zakharia dan Elisabet, gembala dan orang bijak, renungan ini menerokai kepentingan hari Natal yang pertama dan bagaimana ia menyilang setiap daripada kehidupan kita sekarang.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana membekalkan renungan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com