Kesukaan bagi Dunia Anda! Pengiraan Detik Hari NatalSampel
Maria dan Yusuf mungkin berjalan selama hampir seminggu untuk meliputi 80 batu daripada Nazaret ke Betlehem kerana kehamilan lanjut Maria. Walaupun pemasaan perjalanan itu adalah tidak selesa, ia mungkinlah suatu kelegaan untuk berjauhan daripada umpatan di perigi kampung dan wanita tua yang mengirakan jangka masa kehamilan itu. Maria dan Yusuf perlu berjalan daripada kampung halaman mereka untuk mendaftar dalam banci yang didekrikan oleh Kaisar Augustus.
Semasa Maria dan Yusuf memasuki Betlehem, jalan-jalannya penuh sesak dengan orang. Pada ketika itulah, semasa Maria diasak-asak oleh orang ramai, dia merasakan sakit pelahiran. Barangkali dia pecah tuban di jalan yang sesak itu, membasahkan pakaiannya dan keldai yang dinaikinya.
Adakah dia membisikkan kesakitannya, "Yusuf! Carilah tempat supaya saya boleh berehat!"
Yusuf menemui sesuatu yang tidak lebih daripada sebuah gua ... bangsal ... kandang di mana mereka segera bersiap untuk ketibaan Anak mereka.
Kandang itu mungkin sesak dengan haiwan daripada pelawat yang ramai. Ia pasti berbau baja asli dan kencing, dan saya bayangkan kesukaran Yusuf untuk mencari tempat yang bersih atas rumput kering. Mungkin terdapat tikus yang mencalai ketakutan semasa Yusuf membersihkan tempat untuk Maria dan meluncurkan palung rumput kering lebih dekat kepada Maria untuk Bayi yang akan dilahirkan. Lembu mengunyah rumput kering dan domba mengembek semasa Maria bersalin dan berdarah. Dalam suasana yang buruk dan berbau tanah inilah Penyelamat manusia memasuki dunia!
Hati saya terhenti apabila saya menggambarkan muka terpesona ibu remaja ini semasa menatap Bayi lelakinya buat pertama kalinya! Dia menatap muka Allah ... dan Dia melihatnya. Allah menggenggam jarinya dengan tangan-Nya yang kecil dan membelitkan hatinya juga.
Dia ialah Anaknya ... namun Tuhannya. Dia ialah Bayinya ... namun Rajanya.
Dia tidak dapat mengalih pandangannya daripada Dia, demikian besarnya kasihnya untuk Anak ini. Dan mukjizat yang paling besar sekali ... adalah Dia tidak dapat mengalihkan pandangan-Nya daripadanya juga, demikian besarnya kasih-Nya untuk manusia.
Jangan alihkan pandangan anda daripada maksud sebenar hari Natal. Ketahuilah bahawa apabila Yesus dilahirkan ... Dia dilahirkan untuk anda. Benarkan Bayi dalam palung untuk membelitkan kasih-Nya pada hati anda.
Perihal Pelan
Hari Natal adalah masa di mana kita harus menjangkakan pemasukan syurga ke dunia kita yang berdebu dan kotor. Hari Natal adalah masa yang mengingatkan kita bahawa mukjizat benar-benar berlaku, doa benar-benar dijawab dan bahawa jarak syurga hanyalah satu respons. Melalui pengalaman Maria, Yusuf, Zakharia dan Elisabet, gembala dan orang bijak, renungan ini menerokai kepentingan hari Natal yang pertama dan bagaimana ia menyilang setiap daripada kehidupan kita sekarang.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana membekalkan renungan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com