Kesukaan bagi Dunia Anda! Pengiraan Detik Hari NatalSampel

Joy! to Your World! A Countdown to Christmas

HARI 19 DARIPADA 25

Orang majus mengkhusus dalam bidang astronomi, iaitu pengajian bintang. Orang terpelajar yang intelektual ini bukan orang Yahudi - mereka merupakan ahli nujum pagan dari Timur. Pada hari ini kita akan menganggap orang bijak ini sebagai "penilik" atau "ahli sihir". Mereka berkemungkinan jenis orang yang anda dan saya akan jauhi pada zaman ini. Barangkali, pada abad ke-21, kita akan memanggil mereka "ahli kemanusiaan" ... "sayap kiri akademia" ... "orang yang pelik". Ahli sihir ini menemui Raja Herodes untuk menanya tentang tempat mereka dapat menemui raja baru itu, kerana rancangan utama mereka adalah menyembah Dia yang dilahirkan sebagai Raja Orang Yahudi. Raja Herodes menjadi risau dengan berita ini dan mengumpulkan semua ketua imam dan guru Taurat untuk mengenal pasti tempat Mesias itu akan dilahirkan. Semua sarjana terkemuka gereja pada zaman itu berupaya memetik kata-kata nubuatan Mikha kepada Raja Herodes untuk mengesahkan bahawa seorang Pemerintah dari syurga akan dilahirkan di Betlehem. Kemudiannya, Raja Herodes memanggil pertemuan kedua dengan orang majus itu dan mengutus mereka ke Betlehem, dengan pesanan memaklumkannya bila mereka menemui Mesias itu kerana dia juga ingin menemui dan menyembah Raja baru itu. Adakah Raja Herodes betul-betul berhasrat menyembah Yesus? Pastinya tidak! Raja Herodes berkomplot untuk membunuh Bayi yang membawa kedamaian ke bumi! Penyembahan Raja Herodes hanyalah kepura-puraan. Hatinya tidak berniat menyembah Bayi Kristus, meskipun semasa mulutnya mengucapkan bohong jahat itu demi memanipulasi rancangan orang majus. Apakah rancangan anda pada hari Natal ini? Adakah anda akan berpura-pura sahaja? Adakah anda akan menyatakan Dia ialah Tuhan sementara bertindak dalam cara yang berlainan? Hari Natal adalah masa bila motif hati kita didedahkan. Adakah anda menyembah Dia dengan mulut anda sahaja ... ataupun adakah hati anda dan hidup anda menyertai pujian tinggi yang wajar diterima-Nya? Hanya anda dapat menentukan jenis penyembahan itu. Anda memilih sama ada menyembah-Nya secara berpura-pura atau membawa kepada Yesus, Bayi di palung itu, penyembahan yang disertai tindakan penyayang sepanjang hidup. Mari berhimpun! Sembah dan puji Dia!
Hari 18Hari 20

Perihal Pelan

Joy! to Your World! A Countdown to Christmas

Hari Natal adalah masa di mana kita harus menjangkakan pemasukan syurga ke dunia kita yang berdebu dan kotor. Hari Natal adalah masa yang mengingatkan kita bahawa mukjizat benar-benar berlaku, doa benar-benar dijawab dan bahawa jarak syurga hanyalah satu respons. Melalui pengalaman Maria, Yusuf, Zakharia dan Elisabet, gembala dan orang bijak, renungan ini menerokai kepentingan hari Natal yang pertama dan bagaimana ia menyilang setiap daripada kehidupan kita sekarang.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana membekalkan renungan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com