Kesukaan bagi Dunia Anda! Pengiraan Detik Hari NatalSampel

Joy! to Your World! A Countdown to Christmas

HARI 22 DARIPADA 25

Setelah orang majus tiba di tempat kediaman Bayi Kristus dan mengalami sukacita penyembahan sejati, mereka memberikan hadiah yang berharga dalam bentuk emas, kemenyan dan mur. Ini sememangnya hadiah yang sesuai dengan keluarga Raja! "Kemudian dalam mimpi, ahli-ahli kaji bintang itu diperingatkan oleh Allah supaya jangan kembali kepada Herodes. Oleh itu mereka balik ke negeri asal mereka melalui jalan lain." - (Matius 2:12) Apabila seseorang lelaki atau perempuan menyembah sepenuh hati dan memberikan sesuatu yang bernilai kepada Raja segala Raja, betapa mudahnya mendengar suara Allah! Sebelum peristiwa menakjubkan ini, orang majus perlu bergantung kepada haluan duniawi dan pertimbangan terbaik manusia. Kini, disebabkan mereka telah mengenali Yesus, disebabkan mereka telah bersujud dalam hadirat-Nya dan disebabkan mereka telah memberikan-Nya sesuatu yang bernilai, pimpinan Allah mudah dicerap. Penyembahan, dalam kehidupan orang percaya, sentiasa menguatkan bunyi syurga! Orang majus sudah biasa memperoleh pengetahuan mereka daripada corak bintang, daripada skrol minda hebat pada zaman mereka dan daripada kerajaan duniawi. Sekarang mereka mendengar suara Allah seluruh sejarah! Mereka menemui kebijaksanaan memperoleh haluan mereka daripada Allah. Mereka bukan sahaja mendengar suara-Nya ... mereka mentaati suara-Nya! Perubahan yang agak besar bagi golongan yang begitu dihormati kerana prestij akademik!Allah mengingatkan orang bijak ini dalam mimpi agar balik ke negeri asal mereka melalui jalan yang berbeza daripada jalan sebelumnya. Herodes berniat untuk membunuh Raja Orang Yahudi yang baru dilahirkan itu dan menantikan lokasi-Nya daripada orang majus semasa mereka balik melalui Yerusalem. Penyembahan bukan sahaja membolehkan manusia untuk mendengar suara Allah malah mengubah haluan seseorang juga. Penyembahan akan memberikan anda perspektif baru tentang takdir anda dan akan menentukan jalan yang harus diambil untuk sampai ke lokasi yang diniatkan Allah dalam hidup anda. Jangan sekali-kali memandang rendah peranan penyembahan dan pemberian ikhlas dalam membolehkan anda untuk mencapai takdir akhir anda dalam Kristus. Seperti orang majus, Allah ingin anda mendengar suara-Nya lalu mengubah haluan anda. Peranan anda dalam persamaan hidup ini adalah menyembah-Nya sepenuh hati dan memberi kepada-Nya dengan berkorban. Penyembahan dan pemberian daripada hati sememangnya,, dan akan sentiasa menjadi, bahagian hari Natal yang paling penting!
Hari 21Hari 23

Perihal Pelan

Joy! to Your World! A Countdown to Christmas

Hari Natal adalah masa di mana kita harus menjangkakan pemasukan syurga ke dunia kita yang berdebu dan kotor. Hari Natal adalah masa yang mengingatkan kita bahawa mukjizat benar-benar berlaku, doa benar-benar dijawab dan bahawa jarak syurga hanyalah satu respons. Melalui pengalaman Maria, Yusuf, Zakharia dan Elisabet, gembala dan orang bijak, renungan ini menerokai kepentingan hari Natal yang pertama dan bagaimana ia menyilang setiap daripada kehidupan kita sekarang.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana membekalkan renungan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com