Kesukaan bagi Dunia Anda! Pengiraan Detik Hari NatalSampel

Joy! to Your World! A Countdown to Christmas

HARI 24 DARIPADA 25

Hari Natal telah memungkinan setiap manusia untuk mengalami sukacita syurga semasa hidup di bumi ini. Apabila Yesus datang ke bumi, Dia telah membuka jalan kepada sukacita untuk terus menjangkau hati anda! Salah satu aspek hari Natal yang paling penting bagi orang percaya adalah memberikan respons terhadap sukacita hadirat-Nya. Ini adalah penting terutamanya jika anda sedang mengalami cabaran keadaan atau kehampaan. Jangan menjangka temasya akan melegakan penderitaan - hanya hadirat-Nya mempunyai kuasa untuk melakukan itu untuk anda! Lebih kurang 800 tahun sebelum kelahiran Yesus, Nabi Yesaya telah menggambarkan secara tepat perkara yang akan dilakukan Mesias apabila Dia datang. "Padahal penderitaan kitalah yang ditanggungnya, penyakit kitalah yang dideritanya." (Yesaya 53:4) Yesus bukan sahaja datang untuk menanggung dosa anda pada salib, tetapi Dia juga datang untuk melepaskan anda daripada segala sesuatu dalam hidup anda yang menyebabkan penderitaan dan kesedihan. Yesus telah memikul emosi dan peristiwa tersebut ke salib dan mati untuknya supaya anda boleh hidup bersukacita! Yohanes, meskipun masih dalam rahim ibunya, melonjat bersukacita apabila Maria, yang hamil dengan Yesus, memasuki bilik itu. Yohanes, walaupun belum dilahirkan, memberikan respons sukacita yang ditemui dalam hadirat Yesus. "Sebaik sahaja aku mendengar salammu, anak dalam kandunganku bergerak kerana bersukacita." (Lukas 1:44) Perkataan "bergerak" dalam ayat ini adalah perkataan Yunani "skirtao" dan secara harfiah bermaksud "melonjak kegirangan". "Skirtao" digunakan sekali sahaja di bahagian Perjanjian Baru yang lain dan ditemui dalam Lukas 6:22 dan 23: "Berbahagialah kamu apabila orang membenci, menolak, dan menghina kamu, serta memburukkan nama kamu kerana Anak Manusia; Bersukacitalah apabila hal itu berlaku, dan menarilah dengan gembira, kerana pahala yang besar tersedia untuk kamu di syurga." Seperti Yohanes, kita harus melonjak kegirangan bila-bila masa kita berada dalam hadirat Yesus. Kita harus melonjak kegirangan bila-bila masa kita menderita. Kita harus melonjak kegirangan bila-bila masa kita mengalami perasaan yang tersinggung, pengkhianatan atau penolakan. Tiada penjelasan yang logik bagi respons seperti ini, tetapi ia adalah respons yang sihat. Anda hanya boleh melonjak jika anda meluangkan masa dalam hadirat-Nya. Hadirat-Nya akan membenarkan anda untuk "skirtao" pada waktu yang paling teruk dalam hidup anda.
Hari 23Hari 25

Perihal Pelan

Joy! to Your World! A Countdown to Christmas

Hari Natal adalah masa di mana kita harus menjangkakan pemasukan syurga ke dunia kita yang berdebu dan kotor. Hari Natal adalah masa yang mengingatkan kita bahawa mukjizat benar-benar berlaku, doa benar-benar dijawab dan bahawa jarak syurga hanyalah satu respons. Melalui pengalaman Maria, Yusuf, Zakharia dan Elisabet, gembala dan orang bijak, renungan ini menerokai kepentingan hari Natal yang pertama dan bagaimana ia menyilang setiap daripada kehidupan kita sekarang.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana membekalkan renungan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com