Kesukaan bagi Dunia Anda! Pengiraan Detik Hari NatalSampel
Anda mungkin pernah dengar kisah hari Natal beribu-ribu kali sebelum ini, tetapi adakah anda mempercayainya? Adakah anda menerimanya sebagai kenyataan dan kebenaran? Ataupun adakah anda memfailkannya dengan fantasi hari Natal bersama karung mainan ajaib dan orang bunian?
Kisah hari Natal yang sebenar, yang saya pilih untuk tenun sebagai kebenaran dalam kain kehidupan saya, adalah kisah tentang seorang gadis biasa yang muda dan tidak layak. Allah telah memilih untuk menempatkan diri-Nya dalam rahim gadis ini supaya anda dan saya boleh, pada suatu hari nanti, memiliki hadirat-Nya dalam hidup kita juga.
Allah, Bapa, Pencipta alam semesta, Pemula segala sesuatu yang mengagumkan dan menakjubkan, telah memilih anda dan saya sebagai alat di mana melalui kita, generasi kita akan menerima hadiah terbesar-Nya. Ia merupakan mukjizat kita bahawa kita telah dipanggil untuk menunjukkan Yesus kepada dunia yang didiami kita.
Dunia ini hanya akan mengalami sukacita kelahiran-Nya setakat mana sukacita yang ditunjukkan saya. Dunia ini hanya akan merasakan kedamaian kedatangan-Nya setakat mana kedamaian-Nya yang saya nyatakan. Dunia ini hanya akan mengetahui harapan hari Natal apabila saya memberikan respons terhadap penderitaan dan kehampaan sebagai orang percaya yang berharapan. Dunia ini akan melihat Terang Dunia apabila saya membenarkan kehidupan saya untuk menjadi suar terang kepada bangsa manusia.
Hari Natal bukanlah tentang Maria ... atau Yusuf ... atau Elisabet dan Zakharia ... ataupun gembala dan orang majus. Hari Natal adalah tentang anda! Ia adalah tentang menjadikan diri anda sedia ada pada waktu ini dalam sejarah untuk menyatakan hadirat dan kasih Penyelamat kita. Anda merupakan hadiah pilihan Allah pada hari ini untuk diberikan kepada dunia anda. Generasi anda amat memerlukan kemuliaan seorang Penyelamat. Tanpa anda, mereka mungkin tidak akan mengetahui nama-Nya atau tujuan kedatangan-Nya.
Semasa anda merenungkan azam Tahun Baru anda dan rancangan yang akan merangkumi 365 hari yang akan datang, sanggupkah anda mengabdikan diri sekali lagi untuk digunakan oleh Allah? Pada hari Natal ini, adakah anda akan memutuskan untuk membenarkan Allah untuk menggunakan hidup anda sebagai palung di mana Penyelamat dunia boleh ditemui?
Dunia Gemar Dan Soraklah! Yesus lahir bagimu. Allah mencari orang percaya yang cukup berani dan cukup bersukacita untuk menerima mukjizat hari Natal, bukan sahaja sehari dalam setahun, tetapi setiap hari pada setiap musim.
Perihal Pelan
Hari Natal adalah masa di mana kita harus menjangkakan pemasukan syurga ke dunia kita yang berdebu dan kotor. Hari Natal adalah masa yang mengingatkan kita bahawa mukjizat benar-benar berlaku, doa benar-benar dijawab dan bahawa jarak syurga hanyalah satu respons. Melalui pengalaman Maria, Yusuf, Zakharia dan Elisabet, gembala dan orang bijak, renungan ini menerokai kepentingan hari Natal yang pertama dan bagaimana ia menyilang setiap daripada kehidupan kita sekarang.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana membekalkan renungan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com