Kesukaan bagi Dunia Anda! Pengiraan Detik Hari NatalSampel
David Taylor balik ke rumah sedih dan kecewa pada suatu hari pada awal November. Dengan air mata yang berhamburan pada muka berjagatnya, dia memberitahu ibunya bahawa gurunya mengatakan dia tidak boleh bernyanyi semasa program hari Natal.
"Dia kata saya terlalu teruk dan suara saya terlalu kuat," David jelaskan teresak-esak.
Ayah David duduk di bilik tamu membaca surat khabar dan terdengar seksaan jiwa anaknya. En. Taylor marah dan meradang. Bagaimana seseorang guru itu boleh melakukan ini terhadap anak kecil?
En. Taylor memutuskan untuk membantu anaknya belajar menyanyi. Selepas makan malam pada hari itu, dia membawa David ke bilik tamu dan memintanya berdiri di sebelah piano keluarga. En. Taylor mula memainkan melodi "Di Malam Sunyi Bergema" yang tidak asing. Apabila David membuka mulutnya, pekikan seperti kucing terhasil.
"David, sebahagian daripada menyanyi adalah mendengar. Dengar ... kemudian nyanyi," diarahkan ayah yang sabar itu.
Percubaan kedua David adalah lebih teruk daripada yang pertama! Namun, apabila ayahnya ingin berputus asa, dia memikirkan guru yang tidak berperasaan itu dan sedar, "Jika seorang ayah tidak melakukan ini, siapakah yang akan melakukannya?"
November beralih kepada Disember, sementara En. Taylor dan David menghabiskan setiap petang di piano berkali-kali mengulang melodi lagu itu. "Sejaht'ra bagi dunia, t'lah datang Penebus ..."
Apabila David bernyanyi untuk gurunya, dia katakan bahawa David boleh menyertai program itu! David berdiri di tengah-tengah barisan depan dalam konsert hari Natal darjah tiganya. Dia kelihatan seperti bidadari dan picnya betul apabila lagu itu berakhir dengan fikiran yang indah, "Heninglah bumi mendengar nyanyian yang kudus."
Pada hari sebelum hari Natal, En. Taylor memandang ke luar tingkap dan melihat anaknya dalam pajama di halaman depan, memandang langit.
Ayahnya jalan secara senyap ke luar dan memeluk David tanpa berkata-kata. Anaknya bersandar pada dada ayahnya dan kata, "Bumi dalam keadaan sunyi, Ayah. Seperti yang dinyatakan lagu itu."
"Ayah dengar tak? Ayah dengar tak nyanyian malaikat? Saya mendengarnya ... Ayah dengarkah?"
Ayah itu rasa dia telah mengajar anak kecilnya nyanyikan lagu yang merdu pada musim Natal, tetapi perkara yang betul-betul berlaku adalah anaknya telah mengajar mereka berdua untuk dengar ... mendengar nyanyian malaikat.
Perihal Pelan
Hari Natal adalah masa di mana kita harus menjangkakan pemasukan syurga ke dunia kita yang berdebu dan kotor. Hari Natal adalah masa yang mengingatkan kita bahawa mukjizat benar-benar berlaku, doa benar-benar dijawab dan bahawa jarak syurga hanyalah satu respons. Melalui pengalaman Maria, Yusuf, Zakharia dan Elisabet, gembala dan orang bijak, renungan ini menerokai kepentingan hari Natal yang pertama dan bagaimana ia menyilang setiap daripada kehidupan kita sekarang.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana membekalkan renungan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com