Kesukaan bagi Dunia Anda! Pengiraan Detik Hari NatalSampel

Joy! to Your World! A Countdown to Christmas

HARI 16 DARIPADA 25

Gembala dalam kisah hari Natal menghabiskan minggu demi minggu di padang dengan domba mereka, tidur di bawah bintang bila berangin dan hujan. Orang berlumpur yang kesejukan dan menggigil ini berlonggok di keliling unggun api pada malam yang gelap pekat, sementara cuba berjaga demi menjaga haiwan di bawah jagaan mereka. Dan memang sifat semula jadi domba bodoh, ingkar, gelisah, dan berbau. Mereka adalah lelaki tidak terpelajar dengan kotoran di bawah kuku mereka. Saya tertanya-tanya sama ada mereka rasa putus asa... tiada harapan, mengetahui bahawa tiada apa-apa yang akan berubah dalam kehidupan mereka. Kehidupan dengan cepat menjadi tidak bermakna jika anda adalah seseorang yang hidup dengan air liur domba pada pakaian dan tahi domba di antara jari kaki. Tidak diduga, syurga meledak di dunia gembala yang kecil, sejuk dan gelap-gelita. Nyanyian malaikat meledak di zon perang bumi dan mengkhabarkan sukacita syurga dalam kewujudan mereka yang lebap, tidak berubah! Bintang-bintang jatuh dan meletup dalam warna yang luar biasa dan indah, sementara syurga terbuka dan nyanyian malaikat yang hebat dan agung mula mempersembahkan simfoni berkuasa yang masih kedengaran hari ini! Yesus mencecah dunia yang gelap dan sejuk ini dengan sukacita syurga dan ia masihlah karunia-Nya kepada anda pada hari ini. Hadirat-Nya dalam hidup anda membuat gembala menari dan malaikat menyanyi. Hati anda boleh menjadi suatu ledakan sukacita kerana kelahiran Bayi lebih daripada 2,000 tahun lepas. Anda boleh menerima sukacita kerana Yesus ... anda boleh berjalan dalam kedamaian kerana Bayi ini. Perkataan pertama yang digunakan malaikat untuk menggambarkan kelahiran Yesus Kristus adalah perkataan "sukacita" ... dan ia haruslah menjadi perkataan pertama yang digunakan untuk menggambarkan anda juga! Sukacita adalah tanda lahir orang Kristian kerana apabila anda menerima Yesus dalam hati anda, anda ditandakan sepanjang hidup dengan sukacita-Nya. Anda telah menjadi saluran hadirat-Nya di mana sentiasa wujud kelimpahan sukacita. Kehidupan anda menjadi bertujuan apabila anda membawa anak Kristus ini ke dalam dunia yang gelap-gelita dan gelisah ini. Rasa putus asa hidup anda lenyap apabila anda menyedari penghormatan menyampaikan sukacita hadirat-Nya kepada manusia. Maria ialah manusia pertama yang dihamilkan Allah agar kita boleh menjadi pembawa DNA ilahi juga! DNA syurga dieja S-U-K-A-C-I-T-A!
Hari 15Hari 17

Perihal Pelan

Joy! to Your World! A Countdown to Christmas

Hari Natal adalah masa di mana kita harus menjangkakan pemasukan syurga ke dunia kita yang berdebu dan kotor. Hari Natal adalah masa yang mengingatkan kita bahawa mukjizat benar-benar berlaku, doa benar-benar dijawab dan bahawa jarak syurga hanyalah satu respons. Melalui pengalaman Maria, Yusuf, Zakharia dan Elisabet, gembala dan orang bijak, renungan ini menerokai kepentingan hari Natal yang pertama dan bagaimana ia menyilang setiap daripada kehidupan kita sekarang.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana membekalkan renungan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com