Oleh itu TUHAN akan membiarkan umat-Nya dikuasai musuh sehingga wanita yang akan bersalin itu melahirkan anak lelakinya. Selepas itu orang dalam pembuangan akan berkumpul semula dengan sesama bangsa mereka. Apabila penguasa itu tiba, dia akan memerintah rakyatnya dengan kekuatan daripada TUHAN, dan dengan keagungan TUHAN, Allah sendiri. Rakyatnya akan hidup aman kerana semua bangsa di bumi akan mengakui kebesarannya, dan dia akan mendatangkan keamanan. Apabila orang Asyur menyerang negeri kita dan menembusi pertahanan kita, kita akan mengutus pemimpin-pemimpin yang paling kuat untuk melawan mereka. Dengan kekuatan senjata, mereka akan mengalahkan Asyur, tanah Nimrod, dan mereka akan menyelamatkan kita daripada serangan orang Asyur apabila mereka menyerang wilayah kita.
Baca MIKHA 5
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: MIKHA 5:2-5
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video