Kesukaan bagi Dunia Anda! Pengiraan Detik Hari NatalSampel

Joy! to Your World! A Countdown to Christmas

HARI 13 DARIPADA 25

Elisabet adalah terlalu tua untuk melahirkan anak menurut standard manusia. Tubuhnya telah lama tiada kemungkinan mengandung. Walaupun semasa Elisabet masih muda dan berada di puncak kehidupannya, dia tidak dapat mengandung. Kini, sebagai wanita yang telah hidup hampir 9 dekad, tiada kemungkinan manusia bahawa ia akan berlaku. Tiada sinar harapan! Namun, Allah memutuskan semua kekangan standard manusia. Cara-Nya adalah lebih tinggi daripada cara kita dan Dia berupaya melebihi sebarang batasan yang kita tunjukkan dalam kekuatan kita. "Apabila tiba masanya Elisabet bersalin ..." Sudah tentu "masa" ini bukanlah masa pilihan Elisabet. Allah telah memilih masa untuk menjawab doa, bagi penyempurnaan misi-Nya dan bagi kejadian mukjizat. Jangan sekali-kali mempercayai bahawa Allah telah melupakan anda atau bahawa Dia tidak mendengar doa anda. Apabila masa yang telah ditetapkan Allah sampai, anda akan melahirkan segala sesuatu yang telah dirancangkan Allah untuk anda. "Semua jiran dan sanak saudaranya mendengar betapa baiknya Tuhan terhadap Elisabet, dan mereka ikut bersukacita dengan dia." Banyak kali saya percaya bahawa Tuhan telah katakan "Tunggu" sebagai jawapan kepada doa mendesak kita supaya kemuliaan-Nya dinyatakan daripada kepastian fungsi manusia. Kebanyakan wanita berupaya mengandung dan melahirkan anak masa belasan tahun dan dalam umur dua puluhan, tetapi campur tangan Allah diperlukan untuk seorang wanita dalam umur lapan puluhan untuk mengalami mukjizat bersalin! Dapatkah anda bayangkan sukacita sanak saudara dan jirannya? Dapatkah anda bayangkan keadaannya apabila perempuan menari dalam satu lingkaran di jalan-jalan kampung? Dapatkah anda bayangkan kawannya mengangkat tangan mereka dalam pujian kepada Yahweh? Apabila Yohanes mengerekot dalam dukungan ibunya, dan semasa mata Zakharia yang hampir berusia 100 tahun melihat mata bayi lelakinya, Allah dimuliakan. Doa telah dijawab. Kisah mereka baru bermula. Kisah Elisabet dan Zakharia merupakan panggilan untuk menjalankan kehidupan yang benar, dan ia merupakan janji akan hasil terhadap doa yang tekun. Allah memang berupaya mencapai segala sesuatu yang berkaitan dengan anda. Peranan-Nya adalah melaksanakan mukjizat ... peranan anda adalah berdoa tidak henti-henti dan menjalankan kehidupan yang berkenan pada hati-Nya.
Hari 12Hari 14

Perihal Pelan

Joy! to Your World! A Countdown to Christmas

Hari Natal adalah masa di mana kita harus menjangkakan pemasukan syurga ke dunia kita yang berdebu dan kotor. Hari Natal adalah masa yang mengingatkan kita bahawa mukjizat benar-benar berlaku, doa benar-benar dijawab dan bahawa jarak syurga hanyalah satu respons. Melalui pengalaman Maria, Yusuf, Zakharia dan Elisabet, gembala dan orang bijak, renungan ini menerokai kepentingan hari Natal yang pertama dan bagaimana ia menyilang setiap daripada kehidupan kita sekarang.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana membekalkan renungan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com