Kesukaan bagi Dunia Anda! Pengiraan Detik Hari NatalSampel

Joy! to Your World! A Countdown to Christmas

HARI 7 DARIPADA 25

"Bagi Allah tiada perkara yang mustahil." (Lukas 1:37) Bagi Maria, hari Natal bermaksud mengetahui kebenaran muktamad tentang pernyataan ini. Apabila hari Natal menjelma pada setiap tahun, kita mesti menerima kepercayaan mutlak bahawa tiada perkara yang mustahil bagi Allah! Hari Natal adalah satu peringatan bahawa kita mestilah sentiasa menumpukan perhatian pada keilahian-Nya dan bukannya pada kemanusiaan kita yang rapuh. Kebanyakan daripada kita melalui musim Natal tertumpu pada diri sendiri ... pada perkara yang kita mahu, ingin dan layak terima. Sesetengah orang inginkan sebuah rumah baru ... ataupun barang kemas yang berharga ... ataupun berharap anak kita akan balik untuk musim percutian. Sesetengah orang benar-benar percaya bahawa mereka layak menerima bonus Natal, pokok yang dipenuhi hadiah atau seseorang yang membersihkan rumah untuk masa cuti. Jika ini adalah keinginan anda, anda terlepas maksudnya! Anda melihat hari Natal dalam cara yang salah! Anda terlepas pelajaran sulit yang diajarkan kehidupan Maria kepada kita pada hari ini: Rancangan kita kelihatan kecil berbanding gangguan-Nya! Keinginan terpenting yang dapat anda idamkan adalah meminta Allah untuk mengganggu kehidupan anda dengan kasih-Nya dan rancangan-Nya. Perkara yang tidak digambarkan dalam ayat-ayat ini adalah kemarahan orang ramai yang akan dihadapi Maria. Gadis yang baru menerima pesanan yang menggoncangkan dunianya daripada syurga ini, akan diludahi dan dikutuk apabila dia berlalu. Sebelum ini dia dikenali sebagai "suci" dan seorang "perawan", dan kini reputasinya adalah perempuan yang tidak bermoral dan jalang. Mungkin sekarang semasa Maria berjalan-jalan di kampung, dia mendengar bahasa kasar lelaki yang menyindirnya dan ketawa terbahak-bahak.Maria menyedari, kita juga mesti menyedari, bahawa hari Natal bukan tentang diri kita. Hari Natal adalah tentang mati terhadap diri, terhadap keutamaan dan terhadap kenormalan. Hari Natal merupakan seruan lantang di mana tiada antara kita yang dapat hidup demi tujuan manusia lagi. Kita terangkum dalam panggilan hari Natal yang bergema daripada hati Maria ke dunia kita pada zaman ini, "Hidup demi tujuan-Nya! Hidup untuk Kristus sahaja!" Hari Natal adalah tentang campur tangan Allah dalam hidup kita yang biasa; ia adalah tentang Kristus yang dilahirkan ke dalam kekecewaan dan kegagalan kita. Hari Natal bukan tentang saya - ia adalah tentang Kristus yang menyatakan diri-Nya dalam saya dan kepada saya! Itu adalah sesuatu yang harus diraikan!
Hari 6Hari 8

Perihal Pelan

Joy! to Your World! A Countdown to Christmas

Hari Natal adalah masa di mana kita harus menjangkakan pemasukan syurga ke dunia kita yang berdebu dan kotor. Hari Natal adalah masa yang mengingatkan kita bahawa mukjizat benar-benar berlaku, doa benar-benar dijawab dan bahawa jarak syurga hanyalah satu respons. Melalui pengalaman Maria, Yusuf, Zakharia dan Elisabet, gembala dan orang bijak, renungan ini menerokai kepentingan hari Natal yang pertama dan bagaimana ia menyilang setiap daripada kehidupan kita sekarang.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana membekalkan renungan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com