Cara MengatasiSampel

Hari 7: Sukacita Berjaya Juga Akhirnya
Saya pernah melihat sukacita di banyak upacara pengebumian.
Sebenarnya, di kebanyakan upacara pengebumian. Meskipun terseksa dan sedih, memang biasa untuk mendengar kawan dan keluarga mengungkapkan sukacita. Sering kali, semasa mereka berucap di upacara pengebumian, mereka ketawa-menangis-ketawa sepanjang ucapan mereka. Apabila setiap orang berkumpul untuk jamuan selepas upacara pengebumian, mereka menangis dan ketawa ketika mengingati masa dahulu yang menggembirakan dengan orang yang meninggal dunia itu.
Daud menulis dalam Mazmur 30:5, “tangisan mungkin berlangsung semalaman, tetapi kegembiraan muncul sewaktu pagi." Paulus mengatakan sesuatu yang serupa dalam 2 Korintus 4:17, "Kesusahan yang kami alami ini hanya untuk sementara dan tidak seberapa banyak, tetapi akan mendatangkan kemuliaan yang luar biasa dan kekal." Daud dan Paulus berupaya memandang melewati penderitaan waktu itu dan melihat sesuatu yang lebih baik pada masa depan.
Nyata sekali, sukacita bukanlah emosi pertama yang anda rasai apabila kematian terjadi. Pada awal akibat kehilangan, penderitaan itu adalah benar, kesedihan itu adalah amat sangat, dan kepiluan itu menguasai diri anda. Ya, tangisan mungkin berlangsung semalaman — dan kerapnya malam yang gelap dan panjang.
Walau bagaimanapun, setiap malam akan berakhir. Meskipun malam yang paling panjang, paling gelap dan paling sedih berakhir. Apabila tiba waktunya, matahari akan terbit, cahaya melenyapkan kegelapan, dan harapan bangkit semula. Apabila anda menangis pada waktu malam, memanglah penting untuk mengingati bahawa pagi menjelang, dan sukacita sedang datang.
Sudah tentu sukacita tidak menghilangkan penderitaan anda atau memulihkan kehilangan anda. Secara luaran, tiada apa-apa yang berubah. Namun, secara dalaman, segala-galanya berubah. Apabila kedukaan anda mula diubah oleh sukacita Tuhan, kekuatan anda kembali, dan harapan bangkit. Anda memperoleh perspektif yang lebih jelas dan lebih positif tentang kehilangan yang dialami dan masa depan yang menantikan anda.
Pastinya anda tidak dapat memaksa sukacita untuk terjadi sebagaimana anda tidak dapat membuat matahari terbit. Pengaturan masa adalah penting. Musim silih berganti. Sekarang ini, anda mungkin menangis, dan itu tidak apa — tetapi bertabahlah, anda tidak akan menangis selama-lamanya. Hari ini anda mungkin bersedih, tetapi anda akan menari tidak lama lagi. Sukacita sentiasa berjaya juga akhirnya.
Anda tidak perlu memaksa sukacita, tetapi anda harus menjangkakannya. Apabila sukacita datang, sambutlah sukacita itu. Berharaplah dalam sukacita. Sembuhlah dalam sukacita. Temuilah kekuatan dalam sukacita.
______________________________
Bergunakah Pelan ini? Kami telah mengadaptasi Pelan ini daripada The Art of Overcoming oleh Tim Timberlake. Bacalah seluruh buku itu! Dapatkan salinan anda hari ini! Setiap pembelian memberikan Alkitab kepada seseorang yang memerlukannya.
Perihal Pelan

Hidup ini dipenuhi halangan, kekalahan, kekecewaan dan penderitaan. "Cara Mengatasi" akan menolong anda menangani kehilangan, kesedihan, dan kesusahan. Pelan ini bertujuan menghalang perkara yang kelihatan seperti penamat daripada mengecewakan atau menggelincirkan anda. Sebaliknya, benarkan Allah untuk mengubahnya menjadi permulaan. Apabila hidup menjadi mengelirukan dan susah, jangan berputus asa. Pandang ke atas. Walau apa pun kesukaran atau kehilangan yang menyakitkan yang dihadapi, Allah menyertai anda.
More
Pelan yang Berkaitan

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Dimeterai - Bahagian 1

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain

Benih: Apa dan Mengapa

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus

Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Bangkitlah dan Bersinarlah
