Cara MengatasiSampel

The Art of Overcoming

HARI 6 DARIPADA 7

Hari 6: Menemukan Kedamaian Melalui Penerimaan

Hati tidak hancur-lebur sahaja. Hati juga pulih.

Itulah sebabnya mengapa salah satu langkah yang paling penting ke arah lengkapan ialah penerimaan kehilangan — keputusan beremosi, mental, dan rohani untuk berdamai dengan kehilangan kita dan manfaatkan sebaik-baiknya masa depan kita.

Anda mungkin pernah dengar tentang Ayub, lelaki yang kasihan dalam Alkitab yang kehilangan segala-gala yang dikasihinya dalam masa beberapa hari sahaja.

Ayub merupakan model penerimaan yang baik kerana penderitaannya nyata, tetapi ia juga melepaskan kawalan kepada Allah. Penerimaannya timbul daripada pengakuan akan kedaulatan Allah. Ia sedar akan garis antara hal yang dapat dikawal dan diselesaikan sendiri dan hal yang tidak dapat dikawal dan diselesaikan sendiri.

Kita tidak tahu berapa lama Ayub menderita. Mungkin sekurang-kurangnya beberapa bulan. Mungkin beberapa tahun. Namun, penderitaannya berakhir. Itu merupakan salah satu hujah utama kitab itu. Ayub bertabah, ia menunggu, ia percaya. Pada masa yang sama, ia menderita, ia mengadu, dan ia menyoal. Perkara tersebut tidak saling menyisihkan.

Akhirnya Allah menjelaskan bahawa sudah tiba masanya Ayub melepaskan masa silam. Dia mahu Ayub untuk berdamai dengan waktu sekarang ini. Itu hanya berlaku jika ia berdamai dengan Allah, kedamaian yang melewati logik dan pemahaman manusia.

Bagaimana dengan anda?

Di manakah anda dalam proses penerimaan kesedihan anda? Adakah anda masih bergelut untuk melepaskan tangan atau berpaut pada sesuatu yang tidak mungkin diperoleh semula? Adakah suara yang berbisik kepada anda (seperti Ayub) mencadangkan bahawa penderitaan anda ialah salah anda? Ataupun, adakah anda mendengar suara dari syurga yang mengingatkan anda bahawa tiada kekosongan untuk jawatan pemerintah alam semesta, dan semua orang harus bertenang dan membenarkan Allah menjadi Allah?

Walau di mana pun anda, saya tidak menilai anda, saya tidak juga cuba menggesa anda.

Yang penting, saya ingin mengingatkan anda bahawa Allah masihlah baik dan Dia masih berkuasa. Teruskan. Terus percaya. Terus menyerap kedamaian Allah. Saya betul-betul yakin bahawa, seperti Ayub, anda akan melihat kebaikan dan berkat Allah sekali lagi.

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

The Art of Overcoming

Hidup ini dipenuhi halangan, kekalahan, kekecewaan dan penderitaan. "Cara Mengatasi" akan menolong anda menangani kehilangan, kesedihan, dan kesusahan. Pelan ini bertujuan menghalang perkara yang kelihatan seperti penamat daripada mengecewakan atau menggelincirkan anda. Sebaliknya, benarkan Allah untuk mengubahnya menjadi permulaan. Apabila hidup menjadi mengelirukan dan susah, jangan berputus asa. Pandang ke atas. Walau apa pun kesukaran atau kehilangan yang menyakitkan yang dihadapi, Allah menyertai anda.

More

Kami beryukur kepada Biblica kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.biblica.com/timtimberlake