Cara MengatasiSampel
Hari 5: Allah Mahu Ambil Balik Mikrofon.
Pernahkah anda bersabar semasa mendengar ucapan upacara pengebumian yang meleret-leret? Saya pernah. Entah kenapa mikrofon menyebabkan kita leka?
Bapa saudara anda yang bercakap meleret-leret bukan satu-satunya orang yang bersalah kerana mengambil alih upacara pengebumian. Kita meratapi dan berdukacita kerana kematian mereka, mengenang mereka — tetapi kita tidak menumpukan perhatian pada tempoh masanya. Kita terperangkap dalam mod bersedih dan enggan meneruskan hidup.
Lambat laun, Allah mahu ambil balik mikrofon itu.
Upacara pengebumian harus diteruskan. Maka, Dia menyiku kita secara lembut supaya kita menyedari bahawa kita menangguhkan proses berdukacita itu. Dia menggalakkan kita untuk melepaskan tangan dan meneruskan hidup. Pengebumian perlu berlangsung, tetapi tindakan itu tidak dapat berlaku jika kita berkeras hendak mengenang kembali kehilangan itu selama-lamanya.
Dalam Mazmur 23, Daud mempunyai catatan yang terkenal, “Ya, meski aku melangkah di lembah bayangan maut, aku tidak akan takut kepada kejahatan, kerana Engkau ada bersamaku”. Perhatikan bahawa Daud bercakap tentang melangkah di lembah. Lembah bayangan maut dan kejahatan tidak dimaksudkan untuk menjadi rumah jangka panjang. Lembah bayangan maut dan kejahatan dimaksudkan untuk dilalui, bukan didiami secara tetap. Perjalanan itu mungkin memakan masa, tetapi seharusnya ada perkembangan.
Saya tidak memberitahu anda cara bersedih, tetapi saya memberitahu anda untuk mengingati bahawa anda masih berada di tanah orang yang hidup meskipun anda meratapi orang yang meninggal dunia itu. Dunia yang luas dan indah menanti, dan anda merupakan bahagian yang perlu di dunia itu. Jangan berdiri di sana dan menggenggam mikrofon terlalu lama jika tidak anda akan terlepas apa yang telah disediakan oleh Allah untuk anda. Anda mungkin menjadikan kehilangan anda itu tumpuan kewujudan anda, bukannya penunjuk arah perjalanan anda.
Saya ialah orang terakhir yang boleh memberitahu anda bila kesedihan anda harus beralih kepada pengebumian. Hal ini adalah antara anda dan Allah.
Oleh itu, tanyalah diri sendiri jika Allah menyiku anda dengan lembut untuk menyerahkan mikrofon kepada-Nya. Adakah Dia memberitahu anda bahawa musim sedang berubah dan sudah tiba masanya untuk menutup ucapan peringatan itu dan mengorak langkah ke hadapan? Jika tidak, ambillah masa untuk bersedih.
Walaupun demikian, biarlah kasih kurnia-Nya untuk memimpin anda ke hadapan.
Kitab
Perihal Pelan
Hidup ini dipenuhi halangan, kekalahan, kekecewaan dan penderitaan. "Cara Mengatasi" akan menolong anda menangani kehilangan, kesedihan, dan kesusahan. Pelan ini bertujuan menghalang perkara yang kelihatan seperti penamat daripada mengecewakan atau menggelincirkan anda. Sebaliknya, benarkan Allah untuk mengubahnya menjadi permulaan. Apabila hidup menjadi mengelirukan dan susah, jangan berputus asa. Pandang ke atas. Walau apa pun kesukaran atau kehilangan yang menyakitkan yang dihadapi, Allah menyertai anda.
More