Cara MengatasiSampel
Hari 2: Iman dalam Kegelapan
“Ada raksasa di bawah katil saya!”
Pernahkah seorang kanak-kanak membangunkan anda dengan seruan takut ini? Mungkin anda pernah berbuat demikian.
Semasa membesar, raksasa di bawah katil beransur hilang. Namun, raksasa di dalam kepala kita bertambah kuat. Akhirnya kita mungkin terus hidup dalam ketakutan bahawa musuh kita akan menyerang kita dan takut kejahatan akan menimpa kita.
Kita semua turut berasa takut. Secara terus-terang, ada banyak perkara yang ditakuti dalam dunia yang berubah-ubah ini. Pasti ada sesuatu yang membuat kita berkalih-kalih sepanjang malam.
Oleh itu, apakah jawapannya?
Mendukung kepercayaan dalam Allah yang cukup besar dan cukup jujur untuk meluangkan tempat untuk dugaan dan tragedi, bukan kemenangan sahaja. Walau apa pun yang berlaku — sama ada hidup atau mati, menang atau kalah, berjaya atau gagal — Allah berkuasa, dan Dia boleh dipercayai (Roma 8:38-39).
Kita akan menghadapi kesusahan dalam hidup ini. Tiada apa-apa antaranya yang dapat memutuskan hubungan kita dengan Allah. Meskipun ketakutan kita yang paling dahsyat menjadi kenyataan, kita masih boleh bergantung pada kasih Allah dan hadirat-Nya. Bukankah itu iman? Kepercayaan keanak-anakan dalam kasih Allah?
Apabila anda belajar untuk hidup mempercayai Allah, kuasa kematian dan kehilangan akan lenyap. Iman membolehkan anda untuk menangani sebarang ancaman, sebarang berita buruk, ataupun sebarang ketakutan tanpa menguasai anda. Biarlah iman mendefinisikan hidup anda, dan iman akan memimpin anda sepanjang pengalaman kematian anda dan tidak cedera. Jangan memberikan penghargaan kepada iman kerana kemenangan sahaja — biarlah iman membimbing anda semasa gagal, kecewa dan tersinggung juga. Pada waktu itulah iman berada di tahap kecemerlangannya.
Ya, perkara yang paling teruk mungkin berlaku. Tidak, mukjizat anda mungkin tidak berlaku pada hayat ini. Ya, ada sesetengah kesusahan yang bakal melanda.
Namun, anda tidak harus takut. Iman membuka mata anda kepada Allah yang mendakap anda dengan kasih dan perlindungan-Nya.
Perihal Pelan
Hidup ini dipenuhi halangan, kekalahan, kekecewaan dan penderitaan. "Cara Mengatasi" akan menolong anda menangani kehilangan, kesedihan, dan kesusahan. Pelan ini bertujuan menghalang perkara yang kelihatan seperti penamat daripada mengecewakan atau menggelincirkan anda. Sebaliknya, benarkan Allah untuk mengubahnya menjadi permulaan. Apabila hidup menjadi mengelirukan dan susah, jangan berputus asa. Pandang ke atas. Walau apa pun kesukaran atau kehilangan yang menyakitkan yang dihadapi, Allah menyertai anda.
More