Cara MengatasiSampel

The Art of Overcoming

HARI 4 DARIPADA 7

Hari 4: Bagaimana Bertindak Terhadap Impian yang Berkecai.

Pernahkah impian anda musnah?

Mungkin idea perniagaan yang anda yakin akan mengaut untung lumayan. Mungkin impian percintaan yang gagal.

Ada kalanya kita tidak hidup bahagia selama-lamanya. Impian tidak selalu menjadi kenyataan. Sebenarnya, sesetengah impian tidak harus menjadi kenyataan. Walau bagaimanapun, itu tidak mengurangkan kesedihan kita apabila impian itu berkecai di depan mata kita.

Orang yang bermimpi dekat dengan hati Allah — Alkitab dipenuhi dengan orang seperti itu. Beberapa impian yang bertukar menjadi mimpi ngeri tidak bermaksud anda harus berhenti bermimpi.

Namun, ingatlah bahawa impian anda perlu mati sebelum impian itu dapat hidup.

Dalam Alkitab, kisah Yusuf yang bermimpi berakhir dengan kebahagiaan. Walau bagaimanapun, Yusuf perlu mengharungi banyak pengalaman kematian untuk mencapainya, termasuk pengkhianatan, perhambaan, kerja keras selama bertahun-tahun lamanya, dan dipenjarakan beberapa tahun. Saya yakin ada waktunya Yusuf fikir hidupnya sudah gagal dan semua harapan lenyap.

Namun, pada waktu yang betul, Allah memenuhi mimpinya secara lebih besar daripada yang dapat dibayangkannya.

Mimpi Allah selalu lebih besar daripada mimpi manusia. Kadang-kadang, mimpi kita perlu mati, sekurang-kurangnya secara sementara, supaya kita boleh mati terhadap mimpi kita. Maksudnya, kita harus menempatkan idea dan keyakinan pada diri sendiri di mazbah. Kadang kala, kematian impian kecil kita membawa kesedaran akan impian Allah yang besar. Impian kita yang baik mesti mati untuk meluangkan ruang untuk impian yang terbaik, mimpi yang bersaiz Allah.

Sesudah kita menemui keselamatan dan keyakinan dalam Allah, bukannya pencapaian atau sanjungan sementara, kita dapat mengejar mimpi kita tanpa kehilangan diri dalam proses itu.

Oleh itu, jika anda sedang mengalami kekecewaan dan menderita kerana impian yang tidak menjadi kenyataan, gunalah masa ini untuk mendekati Allah. Serahkan jangkaan anda kepada Dia. Biarlah Dia untuk menyimpan impian anda buat sementara waktu.

Anda selamat dalam pangkuan-Nya, dan impian anda selamat dalam tangan-Nya.

Perihal Pelan

The Art of Overcoming

Hidup ini dipenuhi halangan, kekalahan, kekecewaan dan penderitaan. "Cara Mengatasi" akan menolong anda menangani kehilangan, kesedihan, dan kesusahan. Pelan ini bertujuan menghalang perkara yang kelihatan seperti penamat daripada mengecewakan atau menggelincirkan anda. Sebaliknya, benarkan Allah untuk mengubahnya menjadi permulaan. Apabila hidup menjadi mengelirukan dan susah, jangan berputus asa. Pandang ke atas. Walau apa pun kesukaran atau kehilangan yang menyakitkan yang dihadapi, Allah menyertai anda.

More

Kami beryukur kepada Biblica kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.biblica.com/timtimberlake