Cara MengatasiSampel

The Art of Overcoming

HARI 3 DARIPADA 7

Hari 3: Kesedihan Ialah Tanah Suci.

Mana-mana ibu bapa akan memberitahu anda bahawa mendengar tangisan anak anda amat menyedihkan. Ibu bapa terdawai untuk menjaga anak mereka. Kesakitan anak membangunkan belas kasihan, meskipun "kesakitan" itu cumalah keengganan degil untuk tidur.

Demikian juga, kesakitan kita bergema dalam hati Allah. Dia sentiasa prihatin, dan Dia selalu dekat. Dia bukanlah tukang kerah yang bersikap suka menyendiri di langit yang hanya mengambil berat tentang prestasi kita atau memantau jika kita berdosa hari ini.

Dia mengambil berat tentang kita. Dia memahami apa yang sedang kita alami. Dia berkongsi emosi kita.

Alkitab kerap berbicara tentang Allah "mendengar seruan kita" atau "melihat betapa cemasnya hati kita". Kematian kecil yang kita alami menggerakkan hati Allah. Kita amat penting kepada Dia, maka Dia berkongsi penderitaan kita. Walaupun kehilangan yang kelihatan kecil di mata orang lain — mungkin anda tidak dinaikkan pangkat, atau kereta anda rosak, atau anda menerima surat gagal daripada penerbit, atau binatang ternakan keluarga anda mati — semua pengalaman kematian ini adalah penting kepada Allah.

Sebelum Yesus membangkitkan Lazarus daripada kematian, Dia menemui saudari mendiang Lazarus dahulu, Marta dan Maria. Mereka pastinya sedih. Marah juga. Anda mendengar emosi mereka dalam suara mereka yang tercatat dalam Yohanes 11. Pada satu ketika, semasa Yesus melihat kesedihan Maria dan orang lain, Dia dipenuhi belas kasihan dan mula menangis.

Sedarkah anda apa yang dikatakan oleh hal ini tentang hati Allah? Yesus mengetahui bahawa Dia akan membangkitkan Lazarus daripada kematian — namun Dia tetap menangis. Penderitaan mereka adalah penting kepada Dia. Dia tidak mengetepikan kehilangan; Dia mengesahkannya. Dia duduk bersama dengan mereka dalam penderitaan mereka, dan Dia berkongsi tangisan mereka.

Mengapakah air mata kita penting kepada Allah?

Mudah sahaja. Disebabkan kita adalah penting kepada Allah. Bukan produktiviti kita sahaja, atau kekudusan kita, atau kemurahan hati kita. Di mata-Nya, kesakitan anda adalah berharga. Kesedihan anda adalah kudus. Kehilangan anda adalah suci.

Oleh itu, apabila kematian terjadi, jangan terburu-buru untuk menahan kesedihan anda. Jangan menipu fikiran anda untuk berdiam. Jangan melindungi kehilangan anda atas nama iman atau kekuatan. Izinkan diri anda untuk "merasakan semua perasaan" seberapa lama yang diperlukan, kerana saat kematian anda adalah berharga di sisi Tuhan.

Perihal Pelan

The Art of Overcoming

Hidup ini dipenuhi halangan, kekalahan, kekecewaan dan penderitaan. "Cara Mengatasi" akan menolong anda menangani kehilangan, kesedihan, dan kesusahan. Pelan ini bertujuan menghalang perkara yang kelihatan seperti penamat daripada mengecewakan atau menggelincirkan anda. Sebaliknya, benarkan Allah untuk mengubahnya menjadi permulaan. Apabila hidup menjadi mengelirukan dan susah, jangan berputus asa. Pandang ke atas. Walau apa pun kesukaran atau kehilangan yang menyakitkan yang dihadapi, Allah menyertai anda.

More

Kami beryukur kepada Biblica kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.biblica.com/timtimberlake