Cara MengatasiSampel

The Art of Overcoming

HARI 1 DARIPADA 7

Hari 1: Penamat Ialah Permulaan.

Sekiranya anda pernah mengalami kehilangan mengejut kawan atau ahli keluarga, anda mengetahui kuasa kematian yang dahsyat itu. Demikian juga dengan kehilangan mengejut apa-apa yang dihargai. Kehilangan umpama tumbukan kuat yang menumbangkan kita. Kita rasa tidak berdaya, putus harapan, dan kecewa.

Bagaimana kalau kehilangan dan kesedihan tidaklah muktamad seperti perasaan kita?

Semakin banyak saya membaca Alkitab dan semakin lama saya mengikuti Yesus, semakin jelasnya saya melihat kebenaran yang mudah ini: perkara yang kita fikir ialah penamat biasanya cumalah permulaan. Hal yang kita fikir ialah kehilangan sering kali berubah menjadi keuntungan. Hal yang nampaknya ialah kelemahan tetapi entah kenapa menjadi kekuatan. Hal yang berniat jahat menghasilkan sesuatu yang baik. Mengapa? Kerana demikian berkuasanya dan baiknya Allah. Dia mempunyai cara untuk mengubah perkara yang paling teruk menjadi perkara yang terbaik.

Mengubah perspektif kita untuk melihat gambaran keseluruhan tidaklah senang atau bebas kesakitan.

Bayangkan apa yang difikir oleh bayi bila ia dilahirkan. Saya ada semasa anak lelaki saya dilahirkan. Ia langsung tidak menikmati proses itu! Ia berkemungkinan besar akan memilih untuk tinggal di dalam rahim ibunya. Ia tidak dapat membayangkan kebebasan dunia luar.

Demikian juga, kita kerap berpaut pada orang, tempat, atau impian yang mula hilang kerana rasa takut akan hal yang tidak diketahui. “Kematian kecil" menakutkan kita kerana kita tidak dapat bayangkan apa yang akan berlaku. Seperti bayi baru lahir, kita tiada bahasa untuknya.

Walau bagaimanapun, dalam cerita Allah, penutup satu bab biasanya ialah permulaan peluang yang lebih besar. Yesus menggambarkan hidup-Nya sebagai benih yang perlu mati dan ditanam sebelum berupaya memberikan hidup kepada banyak orang (Yohanes 12:23-25). Prinsip ini sama bagi bentuk kematian yang lain dalam hidup kita juga.

Kematian bukanlah kesudahannya. Kematian ialah suatu kesudahan tetapi bukan kesudahan yang muktamad. Kematian jugalah suatu permulaan, langkah yang perlu sebelum perkara yang baru terhasil.

Oleh itu, daripada menjadi cemas kerana takut akan hal yang tidak diketahui, tarik nafas panjang. Pilihlah untuk mempercayai Allah. Berjalan memasuki pintu. Jika impian yang hancur, kehilangan kerja, hubungan yang renggang, atau sesuatu yang lain menyebabkan anda berjalan terhuyung-hayang, anda mempunyai pilihan untuk memproses kematian itu secara betul — kemudian bergerak maju ke arah sesuatu yang baru.

Allah ingin mengubah penamat anda kepada permulaan.

Hari 2

Perihal Pelan

The Art of Overcoming

Hidup ini dipenuhi halangan, kekalahan, kekecewaan dan penderitaan. "Cara Mengatasi" akan menolong anda menangani kehilangan, kesedihan, dan kesusahan. Pelan ini bertujuan menghalang perkara yang kelihatan seperti penamat daripada mengecewakan atau menggelincirkan anda. Sebaliknya, benarkan Allah untuk mengubahnya menjadi permulaan. Apabila hidup menjadi mengelirukan dan susah, jangan berputus asa. Pandang ke atas. Walau apa pun kesukaran atau kehilangan yang menyakitkan yang dihadapi, Allah menyertai anda.

More

Kami beryukur kepada Biblica kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.biblica.com/timtimberlake