Sukacita untuk Semua MusimSampel
Apakah yang membuat anda terharu? Apakah yang memenuhi hati anda dengan gemaan keabadian?
Bagi saya, kata-kata dan melodi sentiasa membuat saya terharu.
"God is too wise to be mistaken (Allah adalah terlalu bijak untuk tersilap)
God is too good to be unkind (Allah adalah terlalu baik untuk menjadi tidak bertimbang rasa)
So when you don't understand (Maka, apabila kamu tidak faham),
When you don't see His plan (Apabila kamu tidak melihat rancangan-Nya),
When you can't trace His hand (Apabila kamu tidak dapat merasai sentuhan-Nya),
Trust His heart (Percayalah hati-Nya)." (Babbie Mason)
Kata-kata tersebut melebihi lirik bagi saya ... kata-kata tersebut telah menjadi teologi yang kukuh. Kata-kata tersebut telah menjadi doa yang dinamik dan berkuasa.
"Allah adalah terlalu bijak untuk tersilap ..."
Jiwa saya berharap pada keyakinan bahawa Allah tidak pernah salah. Saya tidak pernah mengetahui lebih daripada Dia. Kebijaksanaan-Nya tidak pernah bercanggah dengan Firman-Nya ... dan saya berehat ... di tempat kepercayaan yang selamat akan Allah yang maha bijaksana.
Kebijaksanaan Allah tidak pernah berubah kerana Allah tidak pernah berubah. Fikiran-Nya dan hati-Nya terhadap anak-Nya beberapa ribu tahun lalu masihlah fikiran-Nya dan hati-Nya terhadap anak-Nya sekarang ini.
"Allah adalah terlalu baik untuk menjadi tidak bertimbang rasa ..."
Apabila saya membaca kata-kata ini, saya menangis. Hati saya melembut pada kebaikan Allah yang saya kasihi dan layani. Tiada sifat tidak bertimbang rasa pada Allah. Segala sesuatu yang melanda kehidupan saya ditapis melalui kebijaksanaan, kuasa, dan kebaikan Allah.
Allah betul-betul baik tak terhingganya dan selama-lamanya. Tiada satu pun atom atau sel kekejaman, keburukan, atau kejahatan dalam Allah.
Dia baik tak terhingga dan berlimpah-limpah.
Dia amat penyayang dan baik hati dengan bijaknya.
"Maka, apabila kamu tidak faham, apabila kamu tidak melihat rancangan-Nya ..."
Berapa kalikah ITU berlaku dalam kehidupan anda?!
Anda tidak memahami apa yang sedang dilakukan oleh Allah ... anda tidak melihat cap jari-Nya dalam sehari-hari anda ... anda tidak mendengar suara-Nya atau melihat tulisan-Nya pada dinding.
Anda melaungkan pemahaman dan Dia berdiam.
Anda menuntut penjelasan daripada hati syurga dan tidak menerima apa-apa.
Apakah yang anda lakukan pada waktu yang sepi itu? Adakah terdapat tempat untuk jiwa anda yang sakit untuk mendapatkan penghiburan?
"Apabila kamu tidak dapat merasai sentuhan-Nya ... percayalah hati-Nya."
Anda mempercayai hati-Nya.
Anda mempercayai kebijaksanaan-Nya dan kuasa-Nya.
Anda mempercayai kebaikan-Nya yang tidak pernah tidak bertimbang rasa.
Anda mempercayai bahawa Dia cukup untuk membolehkan anda menghadapi masa susah anda.
Fikiran Gembira untuk Dipertimbangkan: Tuliskan 10 adjektif yang menggambarkan siapa Allah itu.

Kitab
Perihal Pelan
Pernahkah anda tertanya-tanya, "Adakah seseorang itu boleh mengalami sukacita dalam semua musim kehidupan?" Carol McLeod mempercayai bahawa Allah mempunyai sukacita yang besar untuk anda yang dapat dicapai oleh anda. Dalam renungan ini, anda akan mengetahui bagaimana mempercayai Allah apabila kehidupan anda adalah tidak adil, bagaimana merenung ayat Alkitab yang mengubah pemikiran anda dan bagaimana menukar kekecewaan kepada hati yang bersukacita di tengah-tengah ketidakpastian.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.carolmcleodministries.com