Sukacita untuk Semua MusimSampel
Apakah yang anda lakukan apabila anda mendapati diri dalam "penantian"?
"Tidakkah kamu tahu? Belumkah kamu mendengar? TUHAN ialah Allah yang kekal;
Dialah yang menciptakan seluruh bumi. Dia tidak pernah letih atau lesu. Tiada sesiapa pun dapat menyelami fikiran-Nya." (Yesaya 40:28)
Saya tertanya-tanya jika kekal dalam penantian adalah lebih berkuasa dan kurang kelemahan daripada tanggapan saya.
Waktu yang saya habiskan dalam penantian ialah waktu yang saya mendapati diri menghabiskan masa yang lebih panjang bertelut.
Ketika menanti, saya menghabiskan lebih banyak masa dalam Firman. Firman menghiburkan hati saya yang letih sementara saya menanti.
Ketika menanti, saya menghabiskan lebih banyak masa dalam penyembahan. Penyembahan menetapkan mata saya pada siapa Dia itu!
Ketika menantilah saya mendapati saya tidak bersendirian. Dia menyertai saya dalam penantian. Saya lebih suka menanti bersama dengan Dia daripada orang yang lain.
Saya mendapati pilihan yang lebih berkuasa adalah menanti dengan Dia berbanding dengan menunggu tangan-Nya untuk bergerak.
Ketika menantilah saya menemui kekuatan yang tidak pernah dimiliki. Memang mustahil untuk menanti dan kekal lemah apabila kita menanti bersama dengan-Nya.
"Dia menguatkan orang yang lemah, dan memberikan kekuatan kepada orang yang tidak berdaya." (Yesaya 40:29)
Penantian bukanlah untuk pengecut. Namun … mungkin penantian ADALAH untuk pengecut. Barangkali ketika menantilah pengecut menjadi pahlawan.
Siapa yang anda menanti bersama-samalah yang membuat perbezaan.
Juga … ketika menanti bersama dengan-Nya … saya menemukan ketabahan yang tidak pernah dimiliki.
Juga … ketika menanti bersama dengan-Nya … visi diperhalusi dan keinginan disucikan.
"Orang muda pun menjadi letih dan lesu; anak muda pun jatuh kerana keletihan …" (Yesaya 40:30)
Saya rasa saya hanya menanti … hanya melepak-lepak sehingga kehidupan berlaku … tetapi Dia melihat penantian sebagai bahan binaan kehidupan. Allah telah mencipta saya untuk menanti dan untuk pekerjaan yang tercapai melalui penantian itu.
Penantian. Dia dan saya. Saya dan Dia. Itulah tempat kegemaran saya.
Fikiran Gembira untuk Dipertimbangkan: Apakah yang sedang anda nantikan sekarang ini? Bagaimanakah anda boleh "menunggu dengan baik"?

Kitab
Perihal Pelan
Pernahkah anda tertanya-tanya, "Adakah seseorang itu boleh mengalami sukacita dalam semua musim kehidupan?" Carol McLeod mempercayai bahawa Allah mempunyai sukacita yang besar untuk anda yang dapat dicapai oleh anda. Dalam renungan ini, anda akan mengetahui bagaimana mempercayai Allah apabila kehidupan anda adalah tidak adil, bagaimana merenung ayat Alkitab yang mengubah pemikiran anda dan bagaimana menukar kekecewaan kepada hati yang bersukacita di tengah-tengah ketidakpastian.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.carolmcleodministries.com